Thursday, December 23, 2010

Fikrah Perjuangan Islam

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Muqadimah :


Perjuangan Islam pada hari ini merupakan warisan perjuangan Rasulullah SAW. Semasa hayatnya, baginda melaksanakan tugas perjuangan dengan penuh tabah & ketaqwaan. Apa yang diimpikan oleh baginda tidak lain ialah untuk mempastikan Islam terus terbela, berkembang & memerintah dunia.


Realiti Hari Ini!!!

Kejahiliyyahan kembali wujud & menyerang manusia tanpa batasan yang hasilnya manusia semakin jauh & tidak mengenal Allah SWT. Islam sentisa diserang dari semua sudut & aspek oleh musuh Islam iaitu Yahudi, Zionis, Kristian (Nasrani).

“Orang-orang Yahudi & Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung & penolong bagimu.”
[Surah Al-Baqarah : 120]

Oleh itu, kita perlu menunaikan tugas kita sebagai khalifah Allah seperti mana menurut kata-kata Ibnu Taimiyyah untuk “menegakkan agama & mentadbir dunia dengan agama”. Umat Islam harus menggalas tugas dengan sebaiknya untuk menegakkan Islam di muka bumi untuk kebaikan dunia sejagat, di mana Islam pasti akan tertegak suatu hari nanti.

“Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah & kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”
[Surah As-Saff : 13 ]

Fikrah Para Pejuang Islam

Kita bertanggungjawab memahami tugas & tanggungjawab serta membuat persiapan rapi bagi memastikan kemenangan Islam.


“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi & dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah & musuhmu & orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu & kamu tidak akan dianiayai (dirugikan)”
[Surah Al-Anfaal : 60 ]

“Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, & tangkaplah mereka. Kepunglah mereka & intailah ditempat pengintaian. Jika mereka bertaubat & mendirikan solat & menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Surah At-Taubah : 5 ]

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila satu-satu tugas diberi kepada orang-orang yang tidak layak, tunggulah saat kegagalannya.”

Diriwayatkan daripada Said bin Burdah dari ayahnya, dari neneknya, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengutusnya bersama Mu’az  pergi ke Yaman. Sebelum berangkat, Rasulullah SAW berpesan :
“Permudahkanlah & jangan mempersulitkan. Sampaikanlah khabar gembira & janganlah menakut-nakuti. Dan bertimbang rasalah & janganlah selalu berselisih.”

Diriwayatkan oleh Jabir & Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW :
“Peperangan itu adalah tipu daya.”

Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
“Janganlah kamu mengharapkan bertemu dengan musuh. Tapi jika kamu bertemu dengan mereka maka bersabarlah.”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak menyenangkan pada pemimpinnya, maka hendaklah dia bersabar kerana sesungguhnya orang yang memisahkan dirinya dari Jemaah walaupun sejengkal lalu dia mati, maka kematiannya adalah seperti kematian orang-orang jahiliyah.”

Dan Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata:
“Perjuangan yang benar denga tudak mempunyai strategi yang teratur akan tewas apabila berhadapan dengan perjuangan yang batil yang tersusun rapi.”

Manhaj Perjuangan Islam

Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah SWT & menolak taghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a) Rabbaniyyah

Islam sendiri datangnya dari Allah SWT yang bersifat Rabb. Para du’at merujuk kepada Al-Quran & As-Sunnah dalam menyeru kepada Islam. Allah SWT menjelaskan selagi du’at berada dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemeliharaanNya, Allah SWT berfirman :
“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, Maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami, & bertasbihlah memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri”
[Surah at-Thur : 48 ]

Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi I’tikad, pemikiran, cita-cita, percakapan & perbuatan.

Bersifat Rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya.

Cara pelaksanaan, strategi atas sistem yang dijalankan dalam memperjuangkan Islam itu perlu bersifat ketuhanan (atas perintah Allah SWT), berlandaskan landasan Al-Quran & As-Sunnah dan matlamat akhirnya juga adalah Allah SWT iaitu ubudiah (perhambaan) kepada Allah SWT.

b) Syumuliyyah

Islam adalah lengkap & sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan atau ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta yang Maha Agung.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.”
[Surah Al-Baqarah : 208 ]

c) Inqilabiyyah

Melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya, meruntuhkan, menegakkan Islam di atas keruntuhan Jahiliyah itu. Firman Allah SWT :

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil & janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui”
[Surah Al-Baqarah : 42 ]

d) ‘Alamiyyah

Islam merupakan dakwah ‘alamiyyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini tidak mengira bangsa, warna kulit, atau keturunan.

Daulah Islamiyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyah Negara ini tidak mempunyai sifat ‘alamiyah dalam melaksanakan manhaj mereka sama ad dari sudut keselarasan perancangan, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyyah, kemahiran tenaga kerja & seumpamanya.

“Dan Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira & sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.”
[Surah As-Saba : 28 ]

Prinsip-prinsip Umum dalam Manhaj Perjuangan Islam.

a) Risalah & penyampaian yang jelas

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik”
[Surah Al-Hijr : 94 ]

Sirah Rasulullah SAW membuktikan bahawa Rasulullah SAW menyampaikan ajaran Islam secara langsung & jelas menyatakan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT. Justeru itu, manhaj harakah Islamiyah mestilah berpegang kepada kejelasan risalah dari segi matlamat, kandungan, & cara penyampaian.

b) Bergerak mengikut kemampuan.

Kekuatan & persediaan yang mantap & bersungguh-sungguh perlu dirancang & dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan Al-Qur’an.

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah & musuhmu & orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu & kamu tidak akan dianiayai (dirugikan).”
[Surah Al-Anfaal : 60 ]

c) Melaksanakan Hazar (waspada)

“Hai orang-orang yang beriman, beriap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok atau majulah bersama-sama!”
[Surah An-Nisa’ : 71 ]

d) Menimbang kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syariat.

Para Ulama usul telah menakrifkan tujuan umum penetapan hukum-hukum syariat iaitu :

“maksud umum daripada syara’, dalam menetapkan hukum-hukum ialah untuk mewujudkan kemaslahatan manusia dengan memelihara perkara dhoruriyyat (tidak boleh tidak) bagi mereka & menyempurnakan perkara haajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (kebaikan) bagi mereka.”

Berpandukan kepada maksud umum sya’riat Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan & menghilangkan kesempitan. Harakah Islamiyah hendaklah melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan 2 faktor penting iaitu berhikmah dalam segala tindakan & mengambil kira waqi’ (keadaan semasa).

Cabaran perjuangan Islam semasa.

1) Penguasaan pelbagai disiplin ilmu.
2) Memperjuangkan Islam mengikut bahasa ilmu, sains, mekanikal, seni, computer & sebagainya.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...