Thursday, December 23, 2010

Dakwah Islamiyyah

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Definisi Dakwah

1) Bahasa : Menyeru / memanggil kepada yang hak / batil

2) Syara’ : Seruan / panggilan ke jalan Allah SWT.

3) Ibnu Taimiyah : Satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah SWT & apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya iaitu dengan membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW & mentaati perintah.



Matlamat Dakwah

a) Ketika wujudnya Negara (daulah) Islam :
- matlamat amar ma’ruf nahi munkar ini adalah untuk memastikan kekalnya Islam dalam masyarakat Islam serta memperluaskannya ke Negara-negara yang masih ingkar kepada Allah SWT & menentangNya.
[Surah Al-Anfaal : 39 ]

b) Ketika dalam ketiadaan Negara (daulah) Islam :
matlamat terakhir dakwah adalah untuk menegakkan Negara (daulah) Islam & membentuk khilafah Islam.
[Surah An-Nur : 55 ]

Dalil & Hukum Berdakwah

1) Fardhu Kifayah
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf & mencegah daru yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
[Surah Al-Imran : 104 ]

Daripada ayat di atas, mereka berpegang bahawa dituntut oleh syarak adalah sebahagian daripada umat Islam sahaja yang perlu melaksanakan kewajipan ini.

2) Fardhu Ain

Para ulama’ berpegang bahawa dakwah itu adalah Fardhu Ain ke atas setiap muslim berdasarkan firman Allah SWT :

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, & beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
[Surah Al-Imran : 110 ]

“Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya, maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya, maka ia adalah selemah-lemah iman.”
[Hadith Riwayat Al-Tirmizi]

Marhalah Dakwah

a) Ta’rif (pengenalan)
- menyebarkan fikrah umum di kalangan seluruh manusia.
- bekerja untuk kebajikan umum

b) Takwin (pembentukan)
- menyaring unsur-unsur yang baik untuk memikul bebanan jihad & menggabungkan anasir-anasir tersebut.
- bersifat khusus, mereka memiliki persediaan yang hakiki untuk menanggung segala beban jihad yang panjang & banyak cabaran.

c) Tanfiz (pelaksanaan)
- peringkat ini ialah jihad yang tidak boleh bermudah-mudah, gerakkerja yang berterusan sehinggalah tercapainya matlamat.


Ciri-ciri dakwah

a) Rabbani
-Seruan yang dibawa bersama dakwah Islam adalah semuanya berdasarkan sumber Al-Quran & As-Sunnah yang hakikatnya datang dari Allah SWT.

b) Sejagat (alamiyah)
- Dakwah Islam sesuai bagi setiap zaman & generasi.

c) Syumul
- Dakwah Islam merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, undang-undang, akhlak, & rumahtangga.


Sifat-sifat Da’I (Pendakwah)

1) Menjadi contoh & tauladan yang baik bagi Islam yang diserukannya.

- menunaikan segala rukun Islam
- mengikuti sunnah & cara hidup Rasulullah SAW
- menjauhi segala perkara yang syubhah & meragukan
- menjauhi segala perkara yang haram
- sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara kecil / besar


2) Keikhlasan & kebulatan hati pendakwah dalam menyampaikan risalah Islam.

-faktor penting supaya dakwahnya Berjaya menembusi & menawan hati orang-orang yang diseru lantas menyambut baik seruan itu.

3) Mempunyai pembacaan yang luas.

- mengikut perkembangan setiap peristiwa & pergolakan, mengikut segala perkembangan suasana & situasi serta mengetahui pelbagai ideology & aliran pemikiran manusia.

4) Memahami taraf & kedudukan orang yang diseru (mad’u) ke jalan Allah SWT

- berbicara dengan mereka menurut tahap akal & fikiran mereka.
- memudahkan mereka menyahut apa yang diserukan kepada mereka.
- mereka tidak jemu mendengar ucapan pendokong dakwah.

5) Mengetahui maksud & tujuan berdakwah

- mengetahui apakah yang dikehendaki di dalam setiap langkah yang dilaksanakannya.
- apa yang dikehendaki apabila dia bertutur dan menulis, apabila dia berehat & berbicara & apabila berdamai & bersengketa.

Jenis Dakwah

1) Dakwah Fardhiah
2) Dakwah Jama’iyah

Uslub Dakwah Masa Kini

Kemahiran berkomunikasi (individu, kuliah ilmu, usrah)

Menggunakan bahasa yang sesuai dengan minda mad’u & bahasa yang memberi kesan.

Mengenali sosio-budaya mad’u

Dakwah tingkah laku (dakwah bil-hal) adalah lebih berkesan daripada dakwah dengan
lidah. Lidah boleh menipu tetapi anggota badan yang lain sukar untuk menipu.
Menguasai teknologi untuk berdakwah (blog, SMS)

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...