Saturday, November 20, 2010

Mak kata 'AJARAN SESAT' tapi ana sendiri terlibat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Ucapan As-Syahid Ibrahim Libya

Sebuah coretan seorang hamba yang baru mengenal erti perjuangan Islam..


Ana hambaNya yang biasa. Masih dalam usaha mencari kasihNya. Dipendekkan cerita...tentang 18 NOV..peristiwa MEMALI..ana tak pernah tahu tentang itu..petunjuk Allah datang melalui seorang sahabat ana...

"Anti da tengok video MEMALI?" tanya sahabat ana dunia akhirat..InsyaAllah..
"Belum..kenapa ye? Apa tu?" ana penuh ke'blur'an bertanya...

"Tengoklah..."
"OK!"

Ana mula search video 'MEMALI' di youtube....
Haa..JUMPA!

Alhamdulillah..10 minit berlalu sambil ana tengok video MEMALI tu..
Penuh pengajaran...banyak yang tersirat disebalik yang tersurat..perjuangan menegakkan sebuah negara Islam..jika Rasulullah S.A.W masih hidup, tentu baginda amat sedih dengan apa yang terjadi..ulama' yang ingin menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah & meneruskan perjuangan baginda Rasulullah S.A.W dibunuh..

Segala yang berlaku menguatkan lagi semangat jihad ana..Allah memberi petunjuk itu agar ana lebih bersemangat untuk hidup sebagai khalifah Allah & umat Rasulullah S.A.W yang mesti menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Selepas melihat video tersebut aku sedar bahawa perjuangan menegakkan negara Islam bukan benda mudah..nyawa boleh melayang bila-bila masa walaupun tidak pernah dijatuhkan hukuman bunuh atas sebab jenayah..

"Ya Allah..sesungguhnya nyawaku ini adalah milikMu semata..hidup matiku hanyalah untukMu semata..jaga tidurku hanya untukMu semata..setiap hela nafasku hanya untukMu semata..ku amat bermohon andai ku tidak sempat bersama Imam Mahdi, izinkan ku syahid di jalanMu..aminnnn~"

Keesokan harinya.......

Ana cuba menarik perhatian mak..

"Mak..mak pernah dengar tak pasal MEMALI?"
"Pernah.."

"Memali tu pasal pe mak?"
"Ajaran sesat..."

Subhanallah...Allah sudah mula menunjukkan ujianNya..pergantungan kepada Allah harus diletak di tahap tertinggi semampu ana..ana jua dalam perjuangan menegakkan negara Islam tapi jika perjuangan ulama' itu dianggap sesat, begitu jualah ana..kerana perjuangan atas dasar akidah yang sama iaitu semata-mata kerana Allah, Al-Quran & As-Sunnah sebagai perlembagaan agung.

Mak..
andai dirimu mengerti..
negara kita bukan negara islam..
negara kita penuh sekular..
negara kita penuh dusta..

Mak..
andai dirimu mengetahui..
anakmu dipilihNya..
menjadi khalifahNya..
menegakkan perjuangan Rasul-Nya..
janganlah dirimu menjauhiku..

Mak..
andai tiba saat itu nanti..
anakmu terpaksa berperang dengan keluarga sendiri..
anakmu memohon ampun maaf setulus hati..
semoga kita tetap bertemu di syurga yang abadi...

Ya Allah..
Telah ku pilih jalanMu..
Hingga ke akhir hayatku..
Akan ku setia pada jalanMu..
Ku harap hembusan nafas terakhirku jua adalah di jalanMu..
Berikanlah ketabahan pada diriku & sahabatku..aminnn~

wallahu'alam
Ma Fi Qalbi Ghairullah~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...