Sunday, November 28, 2010

Kita Pernah Hampir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Ya Allah...

Kita pernah hampir…
Amat hampir hingga ku rasakan hanya Engkau di hati..
Tidur jagaku hanya mengingatiMu..
Ku pohon padaMu agar ditutup rapat pintu hati ini pada sekalian Adam…
Hanya yang ku mahu ialah cintaMu & kasihMu…
Saat itu paling manis dalam hidupku…
Kerana tidak pernah ku rasakan cinta yang betul-betul menenangkan jiwaku…
Tatkala ujian datang bertimpa-timpa padaku..
Kerana aku sedar Engkau sedang menguji..
Sungguh aku amat rindukan tika itu…
Dalam hatiku cukup hanya diriMu…

Ujian mula menjengah ruang kosong hidupku..
Ku disibukkan dengan urusan duniawi..
Hingga ku terlupa bahawa hubungan kita semakin renggang..
Hubungan kita mula semakin ada jurang…
Aku terlalu sibuk hingga ku terlupa bahawa Engkau masih setia disisi..
Memerhatiku..menjagaku..mengawasiku..mengasihiku...

Semakin lama makin ku lupa untuk berdua bersamaMu..
Aku mula kenal erti ‘ukhwah’ dengan manusia..
Aku mula rasa bahagia…
Aku tidak sedar atas kesilapanku sendiri…
ukhwah itu sebenarnya musibah..
Musibah terbesar hidupku…

Sejak itu ku sedar yang aku semakin sukar bersamaMu…
Aku sudah semakin jauh..
Terlalu jauh untuk setia disisiMu..
Sedangkan dulu tidak putus doa ku titipkan agar aku setia di sisiMu…

Ya Allah…
Kini ku kembali..
Mengejar cintaMu..
Takkan ku hentikan perjuangan ini hingga dapat ku gapai kasihMu..
Aku bermohon jangan dibiarkan aku pergi jauh dariMu..
Aku tidak sanggup berjauhan denganMu lagi ya Rabbi…

Cukuplah hanya Engkau penjagaku dunia akhirat..
Cukuplah hanya Engkau yang berada dalam hatiku..
Aku bersyukur atas segala nikmat pemberianMu..
Aku redha dengan segala ketentuan dariMu…

Aku sedar diri ini tidak layak ke syurgaMu..
Ku jua akui bahawa aku tak tertanggung akan azab nerakaMu..
Namun, andai segala ibadat yang ku lakukan hanyalah kerana inginkan syurgaMu..
Jangan Engkau izinkan kakiku berpijak di syurgaMu…
Andai segala ibadat yang ku lakukan hanyalah kerana takutkan nerakaMu,
Campakkan diriku ke nerakaMu ya Allah.. =”{

Ya Allah..
aku hanya mengharapkan kasihMu..
kasih yang pernah Engkau berikan dulu padaku..
tolonglah..ku merayu..kembalikan aku pada diriku yang dulu..
yang hanyut dalam cintaMu ya Allah..
sesungguhnya aku amat merinduiMu ya Allah..
aku terseksa begini..amat terseksa…
ampunkanlah segala khilafku ya Allah..
aku benar-benar bermohon izinkan diri ini merasai nikmat kemanisan iman di dunia ini ya Allah kerana ku akur dengan balasanMu di akhirat kelak…
Izinkanlah ku bertemu denganMu walau seketika di akhirat nanti..

Ya Allah..
jangan dibiarkan aku terus hanyut..
lalai dalam duniaMu…
kasihanilah aku ya Allah..
aku lemah tanpaMu…ampuni segala dosaku… ="{

Wallahu'alam



Ma Fi Qalbi Ghairullah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...