Saturday, November 20, 2010

Kenapa Anti Putus Tunang Dengan Sahabat Ana??

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~


Surat dari seorang muslimat kepada muslimin yang menjadi orang tengah dalam hubungan pertunangan 2 hamba Allah yang berniat untuk membina baitul muslim...



Alhamdulillah Allah temukan kita melalui sahabatmu, Haikal.

Ana tahu anta faham cabaran semasa pertunangan kerana anta jua merupakan tunangan orang. Ana bahagia sebenarnya bile bertunang dgn Haikal. Tak perlu anta risau mengenai kami yang telah pun putus tunang..Haikal mmg seorang yang baik. Jika dia mmg utk ana, insyaAllah akan dtemukan 1 ari nti..

Punca ana & Haikal putus yg utama sekali ialah kerana ana tak kuat dalam hubungan pertunangan ni..masalah hati yg utama..dia belum lg menjadi suami ana..Ana tau kami sama-sama xkuat utk menjaga diri dalam hubungan ni. Dia terlalu risaukan ana sedangkan ana hanyalah tunang dia. Ana pun terlalu risaukan dia sedangkan dia hanya tunang ana. Ana selalu terfikir tentang dia. Kadang-kadang ana rasa ana asyik menanti kehadirannya. Sedangkan ana sepatutnya lebih risau dengan kedatangan Dajjal yang akan merosakkan umat Islam. Selalu berharap pada dia membuatkan ana selalu ingat dia.Bila ana ingat dia, belum tentu ana ingat Allah. sebab ana hambaNya yg lemah. masih sentiasa berjihad melawan masalah hati. sebab tu kami putus. ana nak jaga hati ana semantapnya. ana takkan fikir lagi tentang dia. ana nak cinta Allah. Haikal pun begitu. Dia pun nakkan cinta Allah. Kami putus kerana Allah..andai betul dia masih mengharap pd ana, itu hak dia..tapi ana tak mengharapkan cinta dari seorang lelaki lagi. ana hanya mahukan cinta Allah, jika ada jodoh yg Allah tentukan utk ana di dunia ini, ana tak menolaknya.cuma ana & Haikal bukanlah putus atas sebab seperti bergaduh, bertekak tapi sebab ana tak nak kami terus hanyut.. Kadang-kadang bile kita mula sayangkn seseorang, benda tak baik yg pasangan kita wat pun kita xmampu nk tegur..padahal Allah sedang murka pada kita..Kejarlah redha Allah biarpun melalui kemurkaan manusia tapi JANGAN kejar keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah! ana tau Haikal xmurka bila hubungan ni terpaksa diputuskan krn mencari keredhaan Allah.

mmg sewaktu bertunang, ana dan Haikal sama-sama berpesan tingkatkan iman & ilmuJaga diri krn AllahSentiasa solat tahajud & hajat mohon dipermudahkan urusan. Nampak macam benda baik kan tapi  jarum syaitan lebih halus dari itu. Memang itu benda baik, tapi kadang-kadang ana terfikir segala yg ana buat tu mungkin hanya ingin dijodohkan dengan Haikal bukan semata-mata kerana Allah..nauzubillah..sesungguhnya niat la sesuatu yg susah dijaga..kami mesej pun dengan alasan benda-benda penting je..tp Allah Maha Mengetahui..syaitan pula telah sedia maklum tugasnya..melalui perhubungan antara adam & hawa benda dakwah pun bleh jadi musibah..sume tu kerja syaitan. ana takut. ana taknak sume tu..ana jua nak mengelakkan diri dari menjadi fitnah kepada dirinya seperti yang dikatakan Rasulullah S.A.W kerana ana Hawa..dia Adam..belum masanya untuk ana menjadi penguat semangat seorang Adam dalam perjuangan kerana ana belum lagi sah bergelar isteri sesiapa. Sedangkan penguat Rasulullah S.A.W ialah Siti Khadijah r.a & Aisyah r.a yang kedua-duanya merupakan isteri baginda yang sah. Isteri & tunang 2 benda yang ketara beza. Sesungguhnya syaitan telah berjanji berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan anak-anak Adam..ana belum kuat untuk berjuang..

Biarlah Allah menemukan ana & Haikal di jalanNya lagi suatu hari nanti jika dia mmg jodoh ana krn Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya kn? mungkin pd waktu tu nanti ana & Haikal dah betul2 mantap utk bina baitul muslim.

Kami merancang..Allah jua merancang..namun perancangan Allah itu amat cantik..Allah jua yg menentukan..sesunguhnya Allah Maha Mengetahui perihal hambaNya..wallahu'alam..

kirim salam pd Haikal ye..dia mmg baik..amat baik orgnya..dia mungkin kuat untuk menjaga dirinya tapi ana lemah..disebabkan ana xyakin mampu melawan segala dugaan, ana terpaksa undur diri dari perjuangan sebagai tunangan..banyak lagi yang perlu ana mantapkan..ana doakn yg terbaik utk dirinya..akhir kata ingatlah bahwa dakwah jua boleh menjadi musibah jika kita belum kuat untuk bermujahadah... =)

wallahu'alam~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...