Saturday, November 20, 2010

Golongan Muda Golongan Pendakwah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...



Kita hendaklah menasihati mereka walaupun kita dimarahi. Satu daripada perkara yang kaum Quraisy tidak senang dengan kebangkitan Islam ialah kerana kedatangan Rasulullah, kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, kedatangan Islam yang dibawa Rasulullah itu mendapat sambutan dari kalanganMUDA.

Rasulullah menyebut dalam hadithnya :

Golongan mudalah yang membantu perjuangan da'wah.

   Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berfoya-foya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan, mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan, kebingungan, serta kemungkaran.

 Inilah cita-cita kaum Quraisy, dalam kebingungan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda, dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda, mereka boleh meneruskan kezaliman & kejahatan.

  Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan Islam, inilah yang menyebabkan mereka tidur tak lena, makan tak lalu yang menyebabkan mereka tak senang dengan Islam & kebangkitannya di akhir abad ke-14 & di awal abad ke-15. Ini ialah kerana Islam mendapat sambutan dikalangan golongan MUDA. Inilah yang menyebabkan mereka tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang & kadang-kadang mereka tidak senang. Bila tuan mereka tidak senang, maka khadam pun ikut tidak senang juga.

  Menjadi perkara biasa, khadan ini dia ikut tuan, kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan. Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat mujahidin itu terdiri daripada golongan umat Islam dari mereka yang berumur 15 tahun hingga 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin.

Wallahu'alam
Ma Fi Qalbi Ghairullah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...