Sunday, November 28, 2010

Kita Pernah Hampir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Ya Allah...

Kita pernah hampir…
Amat hampir hingga ku rasakan hanya Engkau di hati..
Tidur jagaku hanya mengingatiMu..
Ku pohon padaMu agar ditutup rapat pintu hati ini pada sekalian Adam…
Hanya yang ku mahu ialah cintaMu & kasihMu…
Saat itu paling manis dalam hidupku…
Kerana tidak pernah ku rasakan cinta yang betul-betul menenangkan jiwaku…
Tatkala ujian datang bertimpa-timpa padaku..
Kerana aku sedar Engkau sedang menguji..
Sungguh aku amat rindukan tika itu…
Dalam hatiku cukup hanya diriMu…

Ujian mula menjengah ruang kosong hidupku..
Ku disibukkan dengan urusan duniawi..
Hingga ku terlupa bahawa hubungan kita semakin renggang..
Hubungan kita mula semakin ada jurang…
Aku terlalu sibuk hingga ku terlupa bahawa Engkau masih setia disisi..
Memerhatiku..menjagaku..mengawasiku..mengasihiku...

Semakin lama makin ku lupa untuk berdua bersamaMu..
Aku mula kenal erti ‘ukhwah’ dengan manusia..
Aku mula rasa bahagia…
Aku tidak sedar atas kesilapanku sendiri…
ukhwah itu sebenarnya musibah..
Musibah terbesar hidupku…

Sejak itu ku sedar yang aku semakin sukar bersamaMu…
Aku sudah semakin jauh..
Terlalu jauh untuk setia disisiMu..
Sedangkan dulu tidak putus doa ku titipkan agar aku setia di sisiMu…

Ya Allah…
Kini ku kembali..
Mengejar cintaMu..
Takkan ku hentikan perjuangan ini hingga dapat ku gapai kasihMu..
Aku bermohon jangan dibiarkan aku pergi jauh dariMu..
Aku tidak sanggup berjauhan denganMu lagi ya Rabbi…

Cukuplah hanya Engkau penjagaku dunia akhirat..
Cukuplah hanya Engkau yang berada dalam hatiku..
Aku bersyukur atas segala nikmat pemberianMu..
Aku redha dengan segala ketentuan dariMu…

Aku sedar diri ini tidak layak ke syurgaMu..
Ku jua akui bahawa aku tak tertanggung akan azab nerakaMu..
Namun, andai segala ibadat yang ku lakukan hanyalah kerana inginkan syurgaMu..
Jangan Engkau izinkan kakiku berpijak di syurgaMu…
Andai segala ibadat yang ku lakukan hanyalah kerana takutkan nerakaMu,
Campakkan diriku ke nerakaMu ya Allah.. =”{

Ya Allah..
aku hanya mengharapkan kasihMu..
kasih yang pernah Engkau berikan dulu padaku..
tolonglah..ku merayu..kembalikan aku pada diriku yang dulu..
yang hanyut dalam cintaMu ya Allah..
sesungguhnya aku amat merinduiMu ya Allah..
aku terseksa begini..amat terseksa…
ampunkanlah segala khilafku ya Allah..
aku benar-benar bermohon izinkan diri ini merasai nikmat kemanisan iman di dunia ini ya Allah kerana ku akur dengan balasanMu di akhirat kelak…
Izinkanlah ku bertemu denganMu walau seketika di akhirat nanti..

Ya Allah..
jangan dibiarkan aku terus hanyut..
lalai dalam duniaMu…
kasihanilah aku ya Allah..
aku lemah tanpaMu…ampuni segala dosaku… ="{

Wallahu'alam



Ma Fi Qalbi Ghairullah~

Tika Akhwat Jatuh Cinta

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...






Akhwat jatuh cinta...
Tak ada yg aneh, mereka jg adalah manusia.
Bukankah cinta adalah fitrah manusia?
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta?
Mereka jg punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...
Namun sebaliknya...
Ketika akhwat jatuh cinta...
Yg mereka rasakan adalah penyesalan yg amat sangat, atas sebuah hijab yg tersingkap.
Ketika lelaki yg tak halal baginya, bergelayut dlm alam fikirnya, yg mrk rasakan adalah ketakutan yg bgt besar akan cinta y gtak suci lg..
Ketika rasa rindu mulai merekah d hatinya, y mereka rasakan adalah kesedihan yg tak terperih akan sbuah asa yg tak semestinya..

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu..
Yang ada adalah malam2 yg di penuhi air mata penyesalan atas cintaNya yg ternodai..
Yg ada adalah kegelisahan, krn rasa yg salah arah..
Yg ada adalah penderitaan akan hati yg mulai sakit..

Ketika akhwat jatuh cinta..
Bukan harapan u brtemu yg mrk nantikan, tapi yg ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dr org tsb.
Tak ada kata2 cinta, dan rayu.. Yg ada adalah kehawatiran yg amat sangat akan hati yg mulai merindukan lelaki yg blm halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya..
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yg tak mampu lg memberiny ketenangan di wajahnya yg dulu teduh..
Mrk akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya.. Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mrk lakukan..

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta.. Krn yg ada adalah penderitaan..

Tapi ukhti.. Bersabarlah.. Jadikan ini ujian dr Rabbmu..
Matikan rasa itu secepatnya..
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia..
Pasang duri dlm hatimu agar rasa itu tak tumbuh bersemai..
Cuci dgn air mata penyesalan akan hijab yg tersingkap..
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah padaNya..
Pupusny rasa rindu padanya dan kembalikan dlm hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu..

Ukhti.. Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya.. Krn bila memang kalian di takdirkan bersama, maka tak akan ada yg dpt mencegah kalian bersatu..
Tp ketahuilah, bgmn pun usaha kalian utk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu..

Ukhti.. Bersabarlah.. Biarkan Allah yg mengaturnya.. Maka yakinlah.. Semuanya akan baik-baik saja..

sumber:Catatan Ummu Sa'ad 'Aztriana'


Wallahu'alam~
Ma Fi Qalbi Ghairullah~

Friday, November 26, 2010

Bersediakah Menunaikan Janjimu?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Zainab Al Ghazali:
Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?
Suami:
Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).
Zainab Al Ghazali:
Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:
Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu.
Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.
Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata,
“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.
Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….
Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.
Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?
Suami:
Ya.
Zainab Al Ghazali:
Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.
Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi
“Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung”

Subahanallah..semoga kita mampu menjadikan kisah ini pengajaran terhebat kepada kita yang sepatutnya sanggup berjuang jihad di jalan Allah S.W.T hingga akhir hayat..

Wallahu'alam
Ma Fi Qalbi Ghairullah~

Utusan Malaysia Sanjung Musuh Allah S.W.T


 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang





 Rasulullah bersabda: Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri Radiyallahu 'anhu : Rasulullah bersabda: "Kamu akan mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Rasulullah bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" ( HR. Bukhori dan Muslim ).



UCAPAN KAMAL ATTATURK LAKNATULLAH...


Pada 20 Mei 1923, Mustaffa Kamal Attaturk laknatulLah telah memberi ucapan di hadapan ribuan tentera Turki dan kumpulan kaum-kaum sekular, munafiqin dan musyrikin, yang digerakkan oleh kaum freemason di bawah naungan Persepakatan Yahudi Dunia (Zionis) di hadapan Ayasofia dan dengan penuh samseng dan murtad Kamal Attaturk berkata:

“Wahai bangsa Turki mari kita ke depan melepaskan bunyi tembakan dan peluru kemenangan dan meruntuhkan dan memusnahkan segala kejahatan dan kezaliman Khalifah serta penipuan dan pembohongan yang diperlakukan oleh kumpulan manusia iblis yang menyamar sebagai ulamak, cerdik pandai, cendekiawan, dan penerus ajaran Muhammad dan kita lihat bagaimana ajaran ini yang dipanggil oleh mereka sebagai Islam adalah ajaran yang dipenuhi dengan tipu helah, tipu daya dengan melaungkan slogan-slogan yang entah dari mana bukti kesahihannya hanya semata-mata untuk membohongi kita agar kita takut kepada neraka dan kita semua terpedaya dengan janji syurga yang mungkin tidak pernah wujud. Namun kenapa kaum yang menyamar di sebalik janggut dan jubah, bacaan dalam bahasa Arab yang kita tidak fahami sepenuhnya, berkumpul di masjid menghabiskan masa, dan kemudian keluar menipu sedangkan mereka merampas harta dan hidup bermewah".

"Wahai kaum Turki, nah! Kami akan membawa kamu ke jalan baru di mana kita akan bebas dari koleksi kaum penipu ini dan sesungguhnya merekalah yang sekian lama berbuat jahat dan khianat, berbohong dan berdusta yang akan masuk neraka dan kita yang berkumpul hari ini untuk berjuang membinasakan mereka akan menuju ke syurga dan sudah pastinya syurga itu ada dalam ciptaan kita.”

(Terjemahan dari teks ucapan Kamal Attaturk yang disalin dalam bahasa Russia oleh Peter Ivanov, The Last Day of Islam Khalifa (terjemahan), Uzbekistan Library).

IDEOLOGI KAMAL ATTATURK & KEMATIANNYA  
PERUBAHAN2 YANG DIBUAT SEMASA PEMERINTAHAN

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat memakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir dimana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasofia kepada muzium. Ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari solat berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku satu peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya: "Siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab: "Kamal Attarturk adalah tuhan!" Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATTATURK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah SWT telah mendatangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa amat terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

Namun azab yang paling teruk ialah badannya yang panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha Suci Allah, apapun yang dilakukan, kepanasan badannya tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap) di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun, mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam di dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Attaturk laknatullah telah mengatakan: "Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Attaturk!"

sedarlah, kita sdg brada dlam zaman kejahilan moden...
apa yg utama yg dilakukan oleh Kamal Atartuk LAKNATULLAH adlh menjatuhkn DAULAH KHILAFAH...
sedarlah bahwa pemerintahan skrg adlah pemerintahan kufur...
KEMBALIKAN KEHIDUPAN ISLAM DGN CARA MENDAULAHKAN KHILAFAH... 
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

[diambil dari hamba Allah yang lain]
Wallahu'alam~
Ma Fi Qalbi Ghairullah~

Monday, November 22, 2010

Deactivate 'facebook'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...



Apa kebaikan FB?


1. "Saya suka dengan notes2 awak..menginsafkan saya.."
2. "Awak..bantu saya untuk berubah ye.."
3. "Wah..kau dah pandai wat cerpen islamik la..boleh berdakwah ni.."
4. "Aku tak kenal siapa kau tapi kau dapat menginsafkan aku..post2 kau buat aku insaf.."
5. "Eh..syuhada ke ni? Alhamdulillah ustazah dapat juga jumpa anak murid ustazah ni.."
6. "Selamat berjaya dalam perjuangan..(ucapan khas dari aku utk kau kawan!..)"
7. "Ni ke syuhada budak Seremban Jaya dulu tu? =) "
8. "Aku dah tengok profile adik ko.."
9. "Sedihnya tengok video Youtube yang ko share tu.."
10 "Saya suka note ni..mohon share.. =) "

Ok..cukup 10 je ayat-ayat yang boleh menunjukkan dengan jelas kebaikan FB seperti berdakwah, jumpa semula kenalan lama, ucapan untuk sesiapa je secara percuma, dapat dikenal pasti oleh kenalan 1 sekolah dahulu, orang lain dapat kenal seluruh family kita tanpa kita memperkenalkan sendiri kepada mereka, dapat 'share' video yang dapat menginsafkan diri & orang lain, dapat berkongsi ilmu dengan orang lain melalui notes yang di'share' secara aktif. Banyak lagi sebenarnya kebaikan FB ni.

Tapi 'Setitik nila boleh merosakkan susu sebelanga'. Kita anggap nila = keburukan FB , susu = kebaikan FB yang lebih banyak dari keburukan FB.

Lumrah alam setiap sesuatu itu ada keburukan & kebaikannya kerana tiada benda yang sempurna. Namun, andai kita mampu untuk mengelak keburukannya, bukankah itu lebih baik? wallahu'alam~

Jom..jengah keburukan FB pula!

1. "Saya nak kenal dengan awak lebih mendalam boleh? Post awak semuanya nampak yang awak ni matang.."

(Oh..tidak! Kalau suka post tu, ambil jela post tu..nak copy paste edit cut segalanya yang boleh dilakukan diizinkan..apa kaitan pula nak kenal dengan tuan punya post?? Ilmu yang dapat tu cukuplah..kalau sama jantina boleh la nak berkenal-kenalan merapatkan ukhwah tapi kalau berlainan jantina tu, takut salah konsep ukhwah je nanti..wallahu'alam~)

2. "Awak..awak ajarlah saya ilmu agama..saya suka tengok info awak..saya langsung tak tahu agama ni awak..tolong saya.."

(Oh..tidak! Ramai lagi ustaz kat luar sana & ramai lagi hamba Allah yang bergelar lelaki islam yang post benda-benda berunsur agama  dakwah. Rujuklah mereka yang lebih arif. Kalau betul nak berubah, Allah akan tunjukkan jalanNya..jalan yang dipilih ni iaitu perempuan kononnya mendidik lelaki ajnabi untuk berubah ialah jalan syaitan untuk mula memasukkan jarum maksiat dalamnya..perhubungan antara lelaki & perempuan boleh jadi musibah walaupun niatnya berdakwah..)

3. "Awak dah berpunya?? Kalau belum saya nak kenal awak & nak jadikan awak lebih dari kawan."

(Oh..tidak! Erm..bila dijawab dah berpunya iaitu milik Allah, mak & ayah, bakal suami, NO COUPLE!, makin lah 'nawaitu' nak berkenalan itu lebih tinggi sebab 'beknye awak..perempuan macam ni lah yang saya cari untuk jadi isteri saya'..baguslah kalau nak isteri yang baik tapi cara mencari itu kurang baik.. cari dulu cinta Allah kemudian baru akan jumpa dengan sesiapa yang ditentukan olehNya..jangan risau Allah itu Maha Pengasih..)

4. "Cuba kau tengok post dia..status dia dah tak engaged la. Dah putus ni!"

(Oh..tidak! Peluang Ghibah semakin memenuhi ruang hati yang sedang sakit. Hati yang sentiasa..mencari kelemahan orang lain. Hati yang perlukan cerita dari manusia-manusia lain untuk memuaskan hati mereka..tidak cukup dengan ghibah, pasti terselit kata-kata kurang baik seperti "aku dah agak dah..bertunang cara islam..nak nikah awal la konon macam lah tak boleh nak tunggu lepas habis study..cakap jela gatal.." tak pasal-pasal buat dosa free kan? Lepas tu hebohkan lagi pada orang lain..sama-sama share la katakan..Jangan lupa sediakan pahala yang secukupnya untuk diberi kepada mangsa umpatan di akhirat nanti ye..wallahu'alam~)

5. "Cuba tengok gambar dia..sekarang tak pakai tudung dah minah tu..jom stalk!"

(Oh..tidak! sepatutnya sesama Islam haruslah sentiasa menjaga antara satu sama lain bukannya membuka keaiban saudara sesama islam yang lain..jangan rasa diri itu baik sangat kerana siapa tahu entah-entah dia sentiasa menjaga kehormatan kalian sebagai kawan mereka tetapi kalian membuka keaibannya..nauzubillah~ Bersedialah untuk berdepan dengannya di padang mahsyar nanti..wallahu'alam~ Jika ada kawan yang berubah dari baik kepada yang kurang baik, nasihatilah dia..jika tidak mampu, cukuplah dengan mendoakan semoga suatu hari nanti dia akan berubah dengan petunjuk Allah yang Maha Pengasih..bukannya dengan membuka keaiban dia pada khalayak ramai)

Cukuplah 5 sahaja keburukan yang didedahkan buat masa ini sedangkan masih banyak lagi keburukannya kan??

Keburukan yang sedikit itu pun mampu untuk menghancurkan kebaikan FB. Jika kita betul-betul menjaga diri sekalipun, di wall Home nanti kita tetap akan nampak gambar wanita membuka aurat, post yang entah apa-apa (lagha). Ok..katakan kita hanya mempunyai kawan-kawan yang baik..menjaga semuanya..post menginsafkan..tapi mampukah kita kawal iklan-iklan di bahagian tepi FB tu? Memang kita tak mampu kan? Yang DOSA TETAP DOSA walaupun dosa pahala itu rahsia Allah. Lagipun melalui FB, kadang kala kita seolah-olah membuka keaiban sendiri dengan me'lagha'kan diri..gelak "hahahaha" sampai boleh penuh comment space. Wallahu'alam~

Kalau kita mampu untuk membuat perubahan, apa lah salahnya kita berubah? Setiap apa yang dilakukan di dunia ini akan dihisab di akhirat nanti..sengaja ana tidak membongkar keburukan FB iaitu pembaziran masa kerana semua sedia maklum tu. Ingatlah..perubahan kita ini melibatkan pahala & dosa..syurga & neraka..
Tahniah kepada yang betul-betul kuat menjaga diri..takziah kepada yang semakin hanyut dalam permainan duniawi ini. Tak salah untuk berhubung di laman sosial tapi biar dengan cara yang lebih baik jika kita mempunyai pilihan. Kita memang ada pilihan..kalau tak silap ana, Lailahaillallah.com sama macam Facebook. Try search..nak atau tak nak je kan? Kalau boleh spend time berjam-jam dengan Facebook, takkan search Lailahaillallah.com pun tak boleh..kemudian join kalau mahu..wallahu'alam~

[Semua ini peringatan untuk diri sendiri & kalian..ana bertawakal pada Allah..masih ada masa untuk berubah..ya Allah..ampunilah segala dosa kami yang sering lalai dari mengingatiMu..Ma Fi Qalbi Ghairullah~]
wallahu'alam~

Saturday, November 20, 2010

Engkau Memang Cantik (EMC)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...





Sesungguhnya, jemaah cukup berhajatkan kehadiran mukminah-mukminah muda yg istiqamah utk membarisi saf demi saf dalam urutan pembentukan & gelombang perjuangan.


Akhlah yg indah dalam hiasan busana labuh yg berbunga putih, yg menjadi milik muslimat muda cukup menjadi harapan dai.
Mereka mempunyai tanggungjawab yg sarat dalam memenuhi tuntutan tajdid & reformasi.
Umat tidak mampu kehilangan seorang demi seorang dari gadis-gadis cantik yg dahulunya pernah jinak dalam aktiviti jamaii justeru terkeliru dengan acuan kecantikan bikinan seteru.
Sedar akan fenomena tenggelamnya anak-anak & adik-adik kita dari medan dakwah satu demi satu, maka Engkau Memang Cantik (EMC) ini sengaja dimunculkan. Ia melawat kamar minda utk merawat kecederaan.

EMC selagi kau tidak melulu..

EMC selagi kau menutup malu..

EMC selagi kau memelihara adab..

EMC selagi kau menjaga aurat..

EMC selagi kau menjaga batas..

EMC selagi kau waras berhias..

EMC selagi kau bersifat fitrah..

EMC selagi kau pantang menyerah..

EMC selagi kau terus bersolat..

EMC selagi kau lurus bertaubat..

EMC selagi kau jujur berilmu..

EMC selagi kau membaca Al-Quran..

EMC selagi kau beradab sopan..

EMC selagi kau kasih ibu bapa..

EMC selagi kau mendidik keluarga..

EMC selagi kau gemar menyertai kem ibadat..

EMC selagi kau sabar & tenang..

EMC selagi kau tegakkan Islam..

EMC selagi kau mencegah kemungkaran..

EMC selagi kau berkebajikan..

EMC selagi kau berniatkan Tuhan..

EMC kerana kau seindah Islam..



Akhir kata, EMC selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunya jalan yg memandu arah & tujuan.

Oleh itu, katakanlah kepada dirimu sendiri bahawa "EMC selagi kau tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama iman."

[Engkau Memang Cantik]

wallahu'alam
Ma Fi Qalbi Ghairullah~

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati


* Bersumberkan Iluvislam.com
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi
wallahu'alam
Ma Fi Qalbi Ghairullah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...