Thursday, October 14, 2010

Diuji Dengan Amanah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~


Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya,
"Rasulullah  pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah  memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.
Selanjutnya Rasulullah  menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa".
Ketika Rasulullah  menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan,
"Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.


Petikan di atas menggambarkan kepentingan amanat. Hari ini sudah semakin berat ku rasakan dengan amanat yang diberikan. Benar, segalanya ini ketentuan Ilahi tetapi diri ini merasa tidak berdaya menerima amanat berat. Aku dilantik menjadi Setiausaha Kelab Symbiosis.  Kelab Symbiosis ialah kelab yang ditubuhkan untuk menyatukan komuniti Fakulti Biosains & Biokejuruteraan. Mahasiswa tahun pertama yang dilantik untuk memenuhi kerusi-kerusi majlis tertinggi kelab tersebut. Aku jua tidak terkecuali.

   Sejujurnya, aku tidak bersedia dengan segala tanggungjawab ini. Aku sudah amat penat. Sejak dari sekolah lagi, aku sering dipikulkan dengan pelbagai tanggungjawab seperti itu. Aku berniat untuk 'pasif', 'senyap' di Universiti kerana nikmatnya jika 'free'..tapi apakan daya, Allah menentukan segalanya. Aku sebagai hambaNya yang lemah harus belajar untuk redha dengan segala ketentuanNya.

   Aku jua merupakan Timbalan Setiausaha Kelab Sakinah iaitu kelab yang menerajui surau di kolej kediamanku, Kolej 9. Namun, sehingga kini dapat ku rasakan tiada kerja yang ku lakukan..huu Kini aku dilantik menjadi setiausaha untuk komuniti yang lebih besar pula. Sungguh segalanya tanpa keinginanku. Namun, segalanya telah tercatat. Amanat itu telah diberi padaku.

Surat Panggilan Temuduga

   Jumaat ini, aku diminta untuk menghadiri temuduga JKM Kolej 9 (Jawatankuasa Mahasiswa Kolej). JKM amatlah hebat. 

"Syud, nak jadi JKM tak?"Tanya Felo.
"Tak nak la kak." Balasku dengan senyuman.
~

"Syud, jom la jadi JKM..best! macam-macam aktiviti kitorang wat..pergi macam-macam tempat."
"Takpe la kak." Balasku dengan senyuman.
~

"Nursyuhada Fatihah ada?"
"Syud, ada orang nak jumpa." Jannah, roommate kesayangan memanggilku.
"Kenapa kak?"hairan yang teramat melanda diriku.
"Dik, ni borang JKM. Adik isi ye."
"Ala kak....saya tak nak la kak."
"Takpe dik, nak ke tak nak ke...isi je dulu. Kejap lagi akak datang balik ambil borang ni k."
~


Ma fi Qalbi  Ghairullah~
(Dalam hatiku, cukuplah ada Allah)


Wallahualam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...