Sunday, October 17, 2010

Allah Mengujiku, Aku Teruji~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Alhamdulillah diri ini masih bernyawa. Hari ini teramat indah! Aku kembali hubungi sahabat-sahabat yang telah jauh dariku. Masing-masing dengan cerita masing-masing. Yang pasti semuanya sedang berjihad. Jihad menentang segalanya.


   Sebak dadaku mendengar suara hambaNya yang kasih padaku, Kak Najibah. Bergenang air mataku mendengar suara sahabat yang disayangi, Sakinah. Mengalir deras air mataku membaca mesej-mesej kekuatan dari Nur ‘Ain Syahidah. Aku rindu segalanya. Amat rindu segalanya. Tika ku lemah, bahu kalian yang sering ku peluk untuk meluah rasa sebak di dada. Tika ku kuat, tangan kalian ku pegang erat untuk ku alurkan kekuatan ku pada kalian. Tika kita gembira, indah tawa kerana kalian memahami diriku. Tika kita berduka,indah jua tangis itu kerana muhasabah diri pasti jadi penutup tangisan, pembakar semangat.

  Iman ku turun naik. Ku akui itu semua. Kekuatan istiqomah yang sentiasa ku damba hanya terus didamba tanpa usaha yang jitu. Itu silapku. Terlalu mengharap, usaha pula terlalu sedikit. Niat..niat..niat.. Sampai bila harus aku terus berniat? Sememangnya niat ke arah kebaikan itu sudah mendatangkan pahala tapi bukan pahala semata yang ku damba. KeredhaanNya yang ku damba.

Muhasabah diri
Fahamkah kalian dengan apa yang dikatakan tentang muhasabah diri? Aku tidak begitu memahaminya tapi jika tidak silap muhasabah diri bermaksud kita menilai diri secara telus. Meniti kembali masa yang dijalani terluang untuk apa. Setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak.  Mampukah kita menjawab segala perhitungan di akhirat nanti?

Ikhlaskan hati
Ikhlaskan hati untuk berubah kerana Allah. Ingatlah bahawa hidup kita hanya sementara. Hidup kita jua hanyalah untukNya. Kadangkala kita akan terasa sakit untuk terus istiqomah dalam keikhlasan itu. Namun, sedarlah bahawa kesakitan itulah bukti usaha kita kerana Allah. Allah melihat usaha bukan hasilnya. Allah menguji kesungguhan kita di jalanNya kerana hanya orang yang terpilih yang dapat menjejakkan kaki di syurgaNya, menikmati segala nikmat yang tersusun indah di syurgaNya jua. Tidakkah kita mahu menjadi hambaNya yang terpilih itu? Bertemu dengan Rasulullah S.A.W yang teramat mulia.

Jihad untuk istiqomah
Biar amal itu sedikit tapi tetap istiqomah! Mari mulakan dengan amalan yang sedikit tapi istiqomah. Contohnya, membaca ‘Bismillah’ di setiap kali ingin mula melakukan sesuatu. Setiap apa yang dilakukan atas nama Allah, dipelihara Allah sebaik-baik pemelihara..indah bukan? Kemudian, tingkatkan amalan yang agak lebih berat sedikit. Contohnya, mengaji Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu. Usahalah untuk istiqomah. Walau kadang-kala masa yang ada hanya sedikit mampu diluangkan untuk itu memandangkan ‘assignments’ yang terlalu banyak perlu disiapkan, usahalah dengan bersungguh-sungguh untuk terus tetap mengaji Al-Quran. Ini kerana jika sekali kita sudah ‘ponteng’ dari melakukan amalan itu secara berterusan, memang amat mudah untuk kita ‘ponteng’ buat kali kedua, ketiga & seterusnya. Peringatan, jika membaca Al-Quran jangan hanya dipentingkan bacaan tajwid & tarannum semata. Jenguk-jenguklah jua makna & tafsirnya. Agar kita mudah menghayati maknanya. Sekaligus, dapat mengambil pengajaran dari sebaik-baik panduan umat akhir zaman tersebut. Segalanya telah diceritakan, dipesan, dinasihatkan, diterangkan dalam Kitabullah tersebut.

Solat yang UTAMA
Walau apa pun yang terjadi, jagalah solat sebaik mungkin! Kerana solat itu amat hebat kesannya pada jiwa & rohani seorang hamba Allah seperti kita. Usahalah untuk penuh 5 waktu kerana itu kewajipan! Sesungguhnya solatlah perkara utama yang dihitung kerana itulah bukti kita sedar bahawa kita ini hanya hambaNya. Waktu solat itulah waktu yang eksklusif untuk kita berdua-duaan dengan Sang Pencinta yang Maha Mengasihi. Jika baik solatnya, maka baiklah amalannya. Mohon kekuatan agar dapat mengqada’kan kembali solat yang ditinggalkan sepanjang hidup. Biar susah, yang penting kita usaha dengan sungguh kerana Allah melihat usaha kita!

Bertaubat

Aku dah banyak dosa. Solat pun da lama tinggal, kalau solat pun tak penuh 5 waktu. Macam sempat je aku nak qada’ semua. Lagipun aku dah banyak wat salah & dosa. Aku tak layak untuk syurgaNya..

Seringkali terdengar ucapan macam ni. Subhanallah..Allah tu Maha Pengampun wahai sekalian sahabat & rakan. Biar menggunung tinggi sekalipun dosa kita, tapi berusahalah memohon keampunanNya, pasti Allah akan mengampunkan. Selalulah berdoa supaya mantapkan iman yang sudah semakin mendasar ke bumi. Sesungguhnya doa itulah senjata kita. Sedangkan hambaNya yang merupakan pelacur diizinkan Allah untuk menjadi ahli syurgaNya. Mengertilah bahawa syurga neraka itu merupakan rahsia Allah. Dosa pahala itu jua merupakan urusan Allah. Tidak perlu untuk kita menilai-nilai tentang syurga neraka. Kita semua hambaNya layak ke syurgaNya dengan syarat JANGAN BERPUTUS ASA.

Konklusi!

 ()””()
 ( ^_^)’)  1. Muhasabah sebelum musibah!
(,(“)(“)

 ()””()
 ( ^_^)”)  2. Ikhlaskan hati kerana Ilahi!
(,(“)(“)

 ()””()
 ( ^_^)”’)  3. Jihad & semangat!
(,(“)(“)

 ()””()
 ( ^_^)””)  4. Solat kena hebat!
(,(“)(“)

 ()””()
 ( ^_^)””’)  5. Bertaubat sebelum jadi mayat!
(,(“)(“)

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
(Dalam hatiku, cukuplah ada Allah)


Segala ini hanyalah perkongsian..peringatan untuk kalian..jua peringatan untuk diriku hambaNya yang masih dalam pencarian. Semoga keredhaan Allah mengiringi kita..aminn
Wallahualam~ =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...