Thursday, October 21, 2010

Saya Kecewa Dengan Awak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...


Salam awak..
     Awak, semalam saya mimpi pasal awak.
   Awak gadis yang saya lihat di stesen bas hari itu. Waktu tu, awak berbaju kurung moden warna ‘pink’. Tudung awak warna putih. Suci je Nampak muka awak yang kuning langsat tu.  Awak amat manis. Amat ayu. Tu yang buat saya boleh terlupa nak jaga ‘pandangan’..huu
Saya pun duduk di barisan hadapan awak. Waktu tu, awak tak pandang saya, awak tunduk. Bertambah manis!huu


    Tapi tak lama lepas saya duduk di barisan kerusi  hadapan awak, saya dengar bunyi wanita ketawa. Macam tak pernah gelak setahun bunyinya. Saya pusing belakang, terkejut tengok wanita seayu & semanis awak gelak macam tu. Langsung takde rasa malu. Saya kecewa dengan awak. Saya pandang je awak lama-lama. Saya nak awak rasa segan sikit. Tapi awak jeling saya, wat muka yang ‘xleh bla’ kat saya. Tapi takpe la, sebab sekurang-kurangnya awak berhenti gelak macam tu bila saya pandang awak.

  Saya kembali pusing depan, terasa amat sayang jika ada rupa tapi adab kurang. Saya rasa amat kesian dengan awak. Sepatutnya awak mesti rasa malu nak gelak macam tu..huhu

   Tak lama lepas tu, saya tengok ada sorang mamat ni duduk sebelah awak. Korang Nampak amat mesra. Saya bersangka baik yang itu abang awk. Then, saya tengok dia gosok-gosok peha awak. Saya perasan awak macam malu-malu bila saya tengok korang. Peliknya, sebab masih ada lagi abang yang mesra sangatt dengan adik perempuan dia zaman sekarang ni. Takpe, saya masih bersangka baik. Saya anggap keluarga awak amat bahagia sebab tak Nampak kekok antara awak & abang awak mesra.

  Tapi, tiba-tiba saya terkejut dengar awak cakap macam ni..

”Janganlah abang..ayang segan la..nanti-nanti la..”

Astaghfirullahulazim…beristighfar panjang saya dengar awak cakap macam tu. Tapi memang betul la dia abang awak. ‘ABANG’ yang boleh batal wudhuknya jika bersentuh dengan awak. Sumpah saya amat geli. Saya kecewa dengan awak.

   Tak lama pastu, saya tengok korang mula beredar. Baguslah tu, tak payah la korang nak tambah dosa orang lain tengok korang. Sedangkan dosa korang pun tak tertanggung kan? Wallahualam~ saya harap mamat tu bawa awak balik rumah. Jumpa mak ayah awak, nyatakan hasrat nak memperisterikan awak kemudian nikahlah. Korang nak buat apa lepas tu pun, lantak korang la.

  Tapi korang datang balik kat kerusi belakang saya. Tak sempat saya nak aminkan doa dalam hati, korang dah buat saya panas hati. Mana tak panas hatinya. Tadi saya tengok awak bertudung, lepas korang da beredar, saya dapat tengok rambut awak. Sayang. Amat sayang. Awak dah jatuhkan maruah awak semata-mata untuk lelaki. Mamat kurang ajar tu pun selamba je pegang tangan awak, belai rambut awak.

  Awak nak marah ke saya cakap dia kurang ajar? Memang dia kurang ajar, sepatutnya dia jaga awak kalau betul-betul dia sayang awak. Waktu awak sorang-sorang awak masih bertudung, masih nak tunduk bila nampak saya pandang awak. Tapi bila mamat tu sampai, awak berubah. Dari gadis suci kepada yang ‘no komen’..terkejut tau tengok awak macam tu, tak sangka. Part yang paling best, awak sanggup buka tudung bila bersama mamat kurang ajar tu. Saya kecewa dengan awak.

Awak, apa awak rasa kalau awak nampak suami awak ‘couple’ dengan orang lain, pastu pegang sana pegang sini, dia dah dapat rasa macam-macam kat awek dia tu. Tapi last-last awak kahwin dengan dia. Awak nak ke orang macam tu? Entah-entah awak pun ‘kurang best’ bagi dia. Faham-fahamlah maksud saya kan sebab zaman sekarang ni kalau dah tergedik-gedik sangat pegang sana pegang sini, tak mustahil boleh terlanjur. Pastu dapat anak luar nikah, tak sempat budak tu lahir dah dicampak ke dalam tong sampah. Kebanyakan kes tu berpunca dari orang-orang macam awak la tau tak! Saya kecewa dengan awak.

   Awak saya tak benci awak tapi amat kesian pada awak. Takde yang betul-betul menjaga awak. Awak pulak macam bahagia je ‘hanyut’. Saya nak pesan kat awak, jangan jadi punca lemahnya iman kaum adam. Awak, peluang untuk bertaubat itu sentiasa terbuka selagi matahari tak terbit dari barat. Bertaubatlah ye awak. Kalau awak betul-betul bertaubat, Allah akan datangkan jodoh yang sesuai dengan awak. Tak mustahil awak akan dapat jodoh lelaki beriman, jika awak jua beriman padaNya. Lelaki yang beriman itu takkan menolak awak kalau dah korang dijodohkan bersama. Nama pun dah dijodohkan bersama kan, so terima jelah. Lelaki beriman tengok keimanan awak, bukan tengok pada masa silam awak. Semua manusia pernah buat silap. Pintu taubat Allah pula sentiasa terbuka. Saya harap awak akan bertaubat dalam masa terdekat ni. Sebab dunia ni dah tak lama lagi. Takut tak sempat untuk kita bertaubat. Kita sama-samalah mendoakan kesejahteraan masing-masing ye.

  Saya bukan nak hina awak tau. Saya cuma nak mengingatkan. Semua yang awak buat tu, dosa pahala nya Allah je yang tahu. Ingatlah di akhirat nanti ‘abang’ awak tu takkan tolong awak untuk jawab soalan-soalan yang Allah persoalkan pada awak.

K la awak. Saya stop kat sini dulu. Semoga pandai jaga diri. Allah sayang awak. Hargailah kasih sayang Allah tu. Manusia hanya melalaikan tapi tak semua tau..manalah tau kot-kot awak jodoh saya, saya nak bimbing awak jadi wanita solehah. Bina keluarga islam. Lahirkan anak-anak yang soleh & solehah & kembali berjumpa di syurga Allah nanti. Kalau awak jodoh saya, saya janji saya terima awak seadanya..hehe :D

Salam tulus ingatan,
Saya Hamba Allah


Ma Fi Qalbi Ghairullah
(Dalam hatiku, cukuplah ada Allah)
Wallahualam~

Tuesday, October 19, 2010

Nilai Manusia Di Mata Manusia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah masih bernyawa. Syukur jua atas nikmat iman & islam dalam diri.


‘Nilai Manusia Di Mata Manusia’
Jika dengar tajuk di atas, apa yang terlintas di benak fikiran kalian? Secara jujurnya segala ini mengenai manusia yang suka menilai manusia lain. Tidak salah untuk menilai kerana mungkin penilaian itu boleh membuatkan kita muhasabah diri, menilai kekurangan diri sendiri. Tapi kebanyakan manusia yang menilai sekarang ini ialah penilaian yang mencari kelemahan dan bukannya membina.

Jika ada salah & silap, tegurlah dengan cara baik. Rasulullah S.A.W juga menggunakan cara yang penuh hikmah & bijaksana. Bukankah lebih baik jika mengikut cara yang dianjurkan Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W itulah sebaik-baik panduan.

Husnuzon (bersangka baik)
Cubalah untuk menegur dengan cara baik. Sering diberi penekanan tentang ukhwah. Fahamkah kalian dengan apa yang dimaksudkan dengan ‘ukhwah’? Tahukah kalian rukun-rukun ukhwah?
Kita perlu mengurangkan prasangka kerana kebanyakan prasangka itu adalah dusta & dosa. Cubalah untuk sentiasa bersangka baik dengan sahabat kerana manusia itu tidak sempurna, ada khilafnya. Jika kalian merasakan kalian benar-benar hebat, pasti kalian lebih arif tentang segala perkara asas dalam ukhwah memandangkan kalian merupakan insan-insan yang dibekalkan dengan ilmu agama yang tinggi. Wallahu’alam~

Menilai = Muhasabah
Amat bersyukur kerana kalian bijak menilai manusia lain. Segalanya menunjukkan kalian prihatin akan insan sekeliling. Tapi menilai itu biarlah dengan cara yang baik. Jangan hanya disebabkan kesalahan yang kecil yang mampu diubah, habis segala kebaikan yang dilakukan dinafikan. Jika melihat insan lain mempunyai kekurangan, sepatutnya kalian bersyukur kerana tidak seperti mereka. Jika melihat insan lain itu mempunyai kelebihan, muhasabahlah kekurangan yang ada pada diri kalian itu. Jika dilihat hamba Allah itu tidak seperti yang diharapkan, kalian sepatutnya mendoakan perubahannya ke arah kebaikan. Bukannya kalian mengeluarkan kata-kata seperti..

……tapi pada hakikatnya, habuk pun xde…..”

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘habuk’ tersebut? Pahala kah? Dosa kah? Istiqomah kah?

Jangan dinafikan kebaikan
Biar seteruk mana pun kesalahan seseorang itu, jangan dinilai & dinafikan kebaikan yang dilakukannya. Yang baik tetap baik. Yang buruk tetap buruk. 2 benda yang ketara bezanya. Jangan zalim untuk disamakan 2 perkara tersebut. Tidak perlu dikeluarkan ayat seperti..

…hebat berkata-kata di fb, berdakwah..jangan berpura-pura untuk publisiti murahan..

MasyaAllah..kata-kata ini yang sememangnya tak layak untuk insan hebat seperti kalian keluarkan dari bibir yang sentiasa berzikir memuji Allah, hati yang sentiasa ingat pada Allah, zahiriah yang sentiasa kuat bermunajat pada Allah, rohaniah yang bersih dari noda.

Biarkan jika benar-benar hamba Allah itu hebat berkata-kata di Facebook. Sekurang-kurangnya masih ada kebaikan yang dilakukannya. Masih lagi hatinya hidup untuk menyedarkan manusia akhir zaman kini. Mungkin jua kata-katanya itu untuk peringatan dirinya sendiri. Sememangnya diakui kalian sememangnya insan-insan yang hebat tapi janganlah kebaikan hamba Allah yang lain yang ingin mengubah dirinya dinafikan. Bersyukurlah dengan apa yang kalian ada.

Berdakwah merupakan skop yang penuh ranjau. Alhamdulillah kerana hamba Allah itu masih mahu berdakwah walaupun hanya di Facebook. Siapalah kita untuk menentukan siapa yang berhak berdakwah atau tidak. Puas hatikah kalian jika hamba Allah itu menyebarkan perkara lagha semata di Facebook?

Jika benar dia tidak mengamalkan apa yang didakwahkan, itu urusan dirinya dengan Allah yang Maha Adil & Maha Mengetahui. Dia akan dipersoalkan tentang amalan yang tidak seiring kata-katanya. Tidak perlu kalian khuatirkan tentang itu. Sedarlah bahawa Allah itu Maha Adil.

Publisiti murahan. Satu lagi frasa yang cukup ‘mengejutkan’ untuk disampaikan dari mulut insan-insan sehebat kalian. Tahukah kalian apa sebenarnya yang berlaku pada hamba Allah itu? Mungkin hamba Allah itu sedang lemah, jadi dia ingin berdakwah di Facebook sebagai peringatan & semangat untuk dirinya.  Tiada istilah publisiti murahan yang patut dikeluarkan. Mungkin hamba Allah itu sedang berjihad. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi pada hamba Allah tersebut. Belajarlah untuk memahami insan lain.

Penilaian Allah itu Adil
Manusia sama sahaja di sisi Allah cuma yang membezakan ialah tahap keimanan & ketakwaan. Allah akan mengangkat mereka itu beberapa darjat. Allah sahaja yang lebih tahu tentang apa yang terjadi. Iman, semangat, kekuatan manusia itu ada turun naiknya. Semoga kita semua sama-sama bermuhasabah diri tentang kekurangan & kelebihan masing-masing. Banyakkan berdoa untuk orang lain bukan banyak berharap untuk orang lain menjadi seperti apa yang kita inginkan. Masing-masing ada ‘life story’masing-masing. Banyakkan berhusnuzon.


Konklusi :

1. Husnuzon itu tanda eratnya ukhwah.

2. Menilai biarlah dengan niat muhasabah.

3. Setiap orang ada kelebihan, kekurangan. Jangan dinafikan kebaikan yang dilakukan.

4. Penilaian Allah Maha Adil, kita belum cukup hebat untuk menilai orang lain.

5. KEJARLAH REDHA ALLAH BIARPUN DENGAN KEMURKAAN MANUSIA, TAPI JANGAN DIKEJAR KEREDHAAN MANUSIA DENGAN KEMURKAAN ALLAH.

6. Semoga kita sama-sama diterima di sisi yang Maha Pencipta.


Ma Fi Qalbi Ghairullah
(Dalam hatiku cukuplah ada Allah)

Segala ini sekadar perkongsian & peringatan buat diri ini. Maaf atas segala kekurangan. Terima kasih atas segala kesempatan. Semoga redha Allah sentiasa mengiringi kita..wallahu’alam~


Sunday, October 17, 2010

Allah Mengujiku, Aku Teruji~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Alhamdulillah diri ini masih bernyawa. Hari ini teramat indah! Aku kembali hubungi sahabat-sahabat yang telah jauh dariku. Masing-masing dengan cerita masing-masing. Yang pasti semuanya sedang berjihad. Jihad menentang segalanya.


   Sebak dadaku mendengar suara hambaNya yang kasih padaku, Kak Najibah. Bergenang air mataku mendengar suara sahabat yang disayangi, Sakinah. Mengalir deras air mataku membaca mesej-mesej kekuatan dari Nur ‘Ain Syahidah. Aku rindu segalanya. Amat rindu segalanya. Tika ku lemah, bahu kalian yang sering ku peluk untuk meluah rasa sebak di dada. Tika ku kuat, tangan kalian ku pegang erat untuk ku alurkan kekuatan ku pada kalian. Tika kita gembira, indah tawa kerana kalian memahami diriku. Tika kita berduka,indah jua tangis itu kerana muhasabah diri pasti jadi penutup tangisan, pembakar semangat.

  Iman ku turun naik. Ku akui itu semua. Kekuatan istiqomah yang sentiasa ku damba hanya terus didamba tanpa usaha yang jitu. Itu silapku. Terlalu mengharap, usaha pula terlalu sedikit. Niat..niat..niat.. Sampai bila harus aku terus berniat? Sememangnya niat ke arah kebaikan itu sudah mendatangkan pahala tapi bukan pahala semata yang ku damba. KeredhaanNya yang ku damba.

Muhasabah diri
Fahamkah kalian dengan apa yang dikatakan tentang muhasabah diri? Aku tidak begitu memahaminya tapi jika tidak silap muhasabah diri bermaksud kita menilai diri secara telus. Meniti kembali masa yang dijalani terluang untuk apa. Setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak.  Mampukah kita menjawab segala perhitungan di akhirat nanti?

Ikhlaskan hati
Ikhlaskan hati untuk berubah kerana Allah. Ingatlah bahawa hidup kita hanya sementara. Hidup kita jua hanyalah untukNya. Kadangkala kita akan terasa sakit untuk terus istiqomah dalam keikhlasan itu. Namun, sedarlah bahawa kesakitan itulah bukti usaha kita kerana Allah. Allah melihat usaha bukan hasilnya. Allah menguji kesungguhan kita di jalanNya kerana hanya orang yang terpilih yang dapat menjejakkan kaki di syurgaNya, menikmati segala nikmat yang tersusun indah di syurgaNya jua. Tidakkah kita mahu menjadi hambaNya yang terpilih itu? Bertemu dengan Rasulullah S.A.W yang teramat mulia.

Jihad untuk istiqomah
Biar amal itu sedikit tapi tetap istiqomah! Mari mulakan dengan amalan yang sedikit tapi istiqomah. Contohnya, membaca ‘Bismillah’ di setiap kali ingin mula melakukan sesuatu. Setiap apa yang dilakukan atas nama Allah, dipelihara Allah sebaik-baik pemelihara..indah bukan? Kemudian, tingkatkan amalan yang agak lebih berat sedikit. Contohnya, mengaji Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu. Usahalah untuk istiqomah. Walau kadang-kala masa yang ada hanya sedikit mampu diluangkan untuk itu memandangkan ‘assignments’ yang terlalu banyak perlu disiapkan, usahalah dengan bersungguh-sungguh untuk terus tetap mengaji Al-Quran. Ini kerana jika sekali kita sudah ‘ponteng’ dari melakukan amalan itu secara berterusan, memang amat mudah untuk kita ‘ponteng’ buat kali kedua, ketiga & seterusnya. Peringatan, jika membaca Al-Quran jangan hanya dipentingkan bacaan tajwid & tarannum semata. Jenguk-jenguklah jua makna & tafsirnya. Agar kita mudah menghayati maknanya. Sekaligus, dapat mengambil pengajaran dari sebaik-baik panduan umat akhir zaman tersebut. Segalanya telah diceritakan, dipesan, dinasihatkan, diterangkan dalam Kitabullah tersebut.

Solat yang UTAMA
Walau apa pun yang terjadi, jagalah solat sebaik mungkin! Kerana solat itu amat hebat kesannya pada jiwa & rohani seorang hamba Allah seperti kita. Usahalah untuk penuh 5 waktu kerana itu kewajipan! Sesungguhnya solatlah perkara utama yang dihitung kerana itulah bukti kita sedar bahawa kita ini hanya hambaNya. Waktu solat itulah waktu yang eksklusif untuk kita berdua-duaan dengan Sang Pencinta yang Maha Mengasihi. Jika baik solatnya, maka baiklah amalannya. Mohon kekuatan agar dapat mengqada’kan kembali solat yang ditinggalkan sepanjang hidup. Biar susah, yang penting kita usaha dengan sungguh kerana Allah melihat usaha kita!

Bertaubat

Aku dah banyak dosa. Solat pun da lama tinggal, kalau solat pun tak penuh 5 waktu. Macam sempat je aku nak qada’ semua. Lagipun aku dah banyak wat salah & dosa. Aku tak layak untuk syurgaNya..

Seringkali terdengar ucapan macam ni. Subhanallah..Allah tu Maha Pengampun wahai sekalian sahabat & rakan. Biar menggunung tinggi sekalipun dosa kita, tapi berusahalah memohon keampunanNya, pasti Allah akan mengampunkan. Selalulah berdoa supaya mantapkan iman yang sudah semakin mendasar ke bumi. Sesungguhnya doa itulah senjata kita. Sedangkan hambaNya yang merupakan pelacur diizinkan Allah untuk menjadi ahli syurgaNya. Mengertilah bahawa syurga neraka itu merupakan rahsia Allah. Dosa pahala itu jua merupakan urusan Allah. Tidak perlu untuk kita menilai-nilai tentang syurga neraka. Kita semua hambaNya layak ke syurgaNya dengan syarat JANGAN BERPUTUS ASA.

Konklusi!

 ()””()
 ( ^_^)’)  1. Muhasabah sebelum musibah!
(,(“)(“)

 ()””()
 ( ^_^)”)  2. Ikhlaskan hati kerana Ilahi!
(,(“)(“)

 ()””()
 ( ^_^)”’)  3. Jihad & semangat!
(,(“)(“)

 ()””()
 ( ^_^)””)  4. Solat kena hebat!
(,(“)(“)

 ()””()
 ( ^_^)””’)  5. Bertaubat sebelum jadi mayat!
(,(“)(“)

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
(Dalam hatiku, cukuplah ada Allah)


Segala ini hanyalah perkongsian..peringatan untuk kalian..jua peringatan untuk diriku hambaNya yang masih dalam pencarian. Semoga keredhaan Allah mengiringi kita..aminn
Wallahualam~ =)

Thursday, October 14, 2010

Diuji Dengan Amanah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~


Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya,
"Rasulullah  pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah  memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.
Selanjutnya Rasulullah  menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa".
Ketika Rasulullah  menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan,
"Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.


Petikan di atas menggambarkan kepentingan amanat. Hari ini sudah semakin berat ku rasakan dengan amanat yang diberikan. Benar, segalanya ini ketentuan Ilahi tetapi diri ini merasa tidak berdaya menerima amanat berat. Aku dilantik menjadi Setiausaha Kelab Symbiosis.  Kelab Symbiosis ialah kelab yang ditubuhkan untuk menyatukan komuniti Fakulti Biosains & Biokejuruteraan. Mahasiswa tahun pertama yang dilantik untuk memenuhi kerusi-kerusi majlis tertinggi kelab tersebut. Aku jua tidak terkecuali.

   Sejujurnya, aku tidak bersedia dengan segala tanggungjawab ini. Aku sudah amat penat. Sejak dari sekolah lagi, aku sering dipikulkan dengan pelbagai tanggungjawab seperti itu. Aku berniat untuk 'pasif', 'senyap' di Universiti kerana nikmatnya jika 'free'..tapi apakan daya, Allah menentukan segalanya. Aku sebagai hambaNya yang lemah harus belajar untuk redha dengan segala ketentuanNya.

   Aku jua merupakan Timbalan Setiausaha Kelab Sakinah iaitu kelab yang menerajui surau di kolej kediamanku, Kolej 9. Namun, sehingga kini dapat ku rasakan tiada kerja yang ku lakukan..huu Kini aku dilantik menjadi setiausaha untuk komuniti yang lebih besar pula. Sungguh segalanya tanpa keinginanku. Namun, segalanya telah tercatat. Amanat itu telah diberi padaku.

Surat Panggilan Temuduga

   Jumaat ini, aku diminta untuk menghadiri temuduga JKM Kolej 9 (Jawatankuasa Mahasiswa Kolej). JKM amatlah hebat. 

"Syud, nak jadi JKM tak?"Tanya Felo.
"Tak nak la kak." Balasku dengan senyuman.
~

"Syud, jom la jadi JKM..best! macam-macam aktiviti kitorang wat..pergi macam-macam tempat."
"Takpe la kak." Balasku dengan senyuman.
~

"Nursyuhada Fatihah ada?"
"Syud, ada orang nak jumpa." Jannah, roommate kesayangan memanggilku.
"Kenapa kak?"hairan yang teramat melanda diriku.
"Dik, ni borang JKM. Adik isi ye."
"Ala kak....saya tak nak la kak."
"Takpe dik, nak ke tak nak ke...isi je dulu. Kejap lagi akak datang balik ambil borang ni k."
~


Ma fi Qalbi  Ghairullah~
(Dalam hatiku, cukuplah ada Allah)


Wallahualam~

Saturday, October 2, 2010

5 Harapan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...


Alhamdulillah..masih bernyawa. Hari ini plan banyak yang tak menjadi! Semua ini kerana kelalaian. Takpe..kita masih punya masa untuk berubah kan? Semalam dah kemas bilik dengan rapi. Bersedia untuk lembaran hidup baru kononnya.




1/10/2010 - Semangat teddy!


Alhamdulillah, sewaktu kemas-kemas dalam lemas habuk semalam, aku terjumpa semula kata-kata yang aku semangat yang aku catatkan pada awal penghijrahan aku di UTM ini. 

 Mengingatkan diriku tentang hakikat diriku hamba yang hina yang sentiasa bergantung harap padaNya.
Mengingatkan diriku tentang impianku! Mengingatkan tentang amanah yang ku pikul sebagai anak sulung!


InsyaAllah Lillahitaala~
Mengingatkan tentang penjagaan diriku & fitrahku sebagai hawa yang lemah yang hidup di alam kampus yang penuh cabaran. Jika tersalah langkah, terleka, segalanya boleh berubah. Ya Allah..peliharalah diriku & rakan-rakanku dari segala perkara keji..aminnn~

Tanggungjawab, Harapan~
Namun, walau setinggi mana pun harapan ku ini.. Yang utama tetap di puncak! Biar yang utama itu di tingkat teratas. Mencari redhaNya. Mendamba kasihnya walau kadang-kadang diri ini rasa tidak layak dikasihiNya kerana terlalu banyk dosa & cukup hina. Terlalu banyak lalai dari mengingatiNya. Terlalu banyak harapan tanpa usaha. Terlalu banyak merayu dari ikhtiar. Sungguh teruk diri ini Ya Allah... ="{

Yang Utama, Kesimpulan segala Harapan!

Semoga segala urusanku dipermudahkan. InsyaAllah semuanya kerana Allah..untuk ibu bapa, keluarga, sahabat, rakan, semua yang disisi ku..

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
(Dalam hatiku, cukuplah ada Allah~)

wallahualam~








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...