Thursday, December 23, 2010

Jihad Perjuangan

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Definisi Jihad

Bahasa : berjuang habis-habisan

Istilah : perjuangan bersungguh-sungguh dengan pelbagai cara di jalan Allah SWT dalam menyuruh amar ma’ruf nahi munkar, menegakkan kalimah Allah SWT.
Dr. Sa’id Ramadan Al-Buti : Jihad adalah bersusah payah mencurahkan Tenaha demi meninggikan kalimah Allah, dan membina masyarakat Islam. Mencurahkan tenaga dengan jalan peperangan adalah sebahagiaan daripadanya & matlamat utama ialah mendirikan masyarakat Islam, membentuk daulah Islam yang sebenar.


Tuntutan Jihad

a) Jihad menentang nafsu

Dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan & ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.
[Surah As-Syams : 7-10 ]

Jihad menentang kemaraan hawa nafsu terbahagi kepada :

Berjihad dalam mencari petunjuk & jalan Ad-Din yang sebenar.
Berjihad dalam beramal & berpegang teguh dengan apa yang dipelajari
Berjihad dalam menyebarkan ilmu & petunjuk melalui dakwah
Berjihad dalam menanggung segala kesulitan ketika berdakwah

b) Jihad menentang hasutan syaitan

“Iblis menjawab : Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”

Jalan untuk berjihad bagi menentang hasutan syaitan mesti dilakukan melalui langkah-langkah berikut :
Azam yang kuat
Meningkatkan hubungan dengan Allah SWT
Memahami betul-betul petunjuk Ad-Din
Berdiri teguh di atas kebenaran
Bersama-sama dengan Jemaah solihin
Menghidupkan neraca rabbani dalam jiwa

c) Jihad menentang golongan kafir

Jihad ini menentang golongan yang kufur kepada Allah SWT dimana jiwa raga mereka telah dikuasai oleh syaitan & hati perut mereka telah diisi dengan hawa nafsu.
“Mereka bertanya kepadau tentang beroerang pada bukan Haram. Katakanlah : Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam & mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka  (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia & di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”
[Surah Al-Baqarah : 217 ]

Jihad terhadap golongan kafir terbahagi kepada 2 :

Ketika para mukmin tidak mempunyai kuasa :

Golongan kafir berkuasa penuh ketika ini, maka jihad perlu dilakukan secara dakwah
Ketika para mukmin mempunyai kekuasaan
Para mukmin yang menguasai pemerintahan, maka jihad menentang golongan kafir berubah daripada jihad lisan kepada jihad mengangkat senjata.

d) Jihad menentang golongan munafiq

Golongan ini antara musuh-musuh dakwah yang paling merbahaya, ini kerana ia menyembunyikan kufur & berpura-pura beriman, suka menipu, benci terhadap ketetapan-ketetapan Allah dan RasulNya.

Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir & orang-orang yang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka, tempat mereka ialah Jahannam dan itu ialah tempat kembali yang seburuk-buruknya.
[Surah At-Taubah : 73 ]

Jihad menentang golongan munafik dapat dilaksanakan melalui cara berikut:

Mengenali sifat-sifat mereka berpandukan Al-Quran & As-Sunnah
Memberi nasihat kepada mereka & meminta agar mereka bertaubat
Tidak memberi sebarang pertolongan & mendampingi mereka
Memulaukan & menjauhkan para mukmin dari mereka
Sentiasa bersikap curiga tanpa memberi sebarang kepercayaan kepada mereka
Menghalang mereka dari menduduki jawatan penting & berpengaruh
Bertindak kasar & mengenakan hukuman terhadap mereka
Memerangi mereka sekiranya mereka mengancam keutuhan Islam

e) Jihad menentang golongan zalim di kalangan pemerintah Islam

Ijma’ para ulama telah menetapkan syarat bagi pemerintah Negara Islam itu hendaklah seorang yang menjauhi dosa-dosa besar & tidak melakukan dosa-dosa kecil terang-terangan. Orang Islam tidak boleh tunduk kepada pemerintah yang melakukan sesuatu kekufuran & juga melakukan sesuatu perubahan hukum-hukum syara’. Wajib di atas umat Islam menentangnya & memcecatnya serta melantik seorang pemerintah yang adil bagi menggantikannya.


Peringkat Jihad

Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak seorang nabi yang diutuskan sebelumku melainkan terdapat di kalangan umatnya pengikut & sahabat-sahabat yang menjalankan sunnahnya & menurut perintahnya. Kemudian golongan pengikut & sahabat ini diganti oleh orang yang terkemudian dari mereka. Golongan ini memperkuatkan sesuatu yang tidak diperintahkan mereka melakukan. Siapa yang memerangi mereka dengan kekuatan, beliau adalah mukmin, siapa yang memerangi mereka dengan lidah, beliau adalah mukmin dan siapa yang memerangi mereka dengan hatinya, beliau adalah seorang mukmin. Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi”
[Hadis Riwayat Muslim]

a) Jihad dengan hati
Jihad sebenar tidak dapat dilakukan oleh seorang mukmin tanpa terlebih dahulu membebaskan dirinya dari golongan hawa nafsu. Ia merupakan asas kepada jihad lain. Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata : “Jihad terhadap musuh-musuh luaran adalah merupakan cabang daripada jihad seorang hamba terhadap nafsunya”.

b) Jihad dengan lisan
Jihad ini termasuk dalam pengertian amar akruf nahi munkar. Ia digolongkan sebagai jihad kerana berdakwah hingga ke peringkat ini memerlukan kecekalan jiwa & ketabahan hati. Jihad ini meliputi segala kegiatan dakwah terbuka & dakwah secara peribadi, ceramah-ceramah, taklim untuk menghapuskan kejahilan umat terhadap Islam, penulisan, pencetakan buku & risalah Islam.

c) Jihad dengan tangan
Jihad ini membawa pengertian jihad dengan jiwa melalui kekuatan kuasa / senjata. Ia juga dinamakan sebagai jihad peperangan.

Kemuliaan Jihad

Jihad ialah suatu perniagaan yang tetap menguntungkan seseorang mukmin yang menuju keredhaan Allah SWT.
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta & jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
[Surah As-Saff : 10-11 ]

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada jalan Allah SWT, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
[surah at-Taubah : 111 ]

Pengertian Pengorbanan

Imam Hassan Al-Banna berkata :
Pengorbanan ialah berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan, dan segalanya untuk mencapai matlamat.

Tiada jihad di dunia tanpa pengorbanan & tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah Islam, bahkan ada ganjaran besar & pahalanya yang pasti menanti kita. Bagi manusia yang meredhai Allah sebagai tuhannya dan Islam menjadi agama mereka, nabi Muhammad rasul mereka,mereka dituntut untuk memberi pengorbanan & sumbangan. Mereka ini berjihad untuk Islam, maka mereka mestilah mengorbankan sesuatu yang berharga buat mereka demi untuk mencapai matlamat dakwah Islam itu.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Jemaah Islam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Definisi Jemaah Islam

1) Jemaah

Bahasa : ramai, banyak, berkelompok, berkumpulan

Istilah : Jemaah terdiri daripada individu-individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah / wahdah (kesatuan).


2) Jemaah Islam

Istilah : Kumpulan individu yang berjuang & menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Ia menegakkan ma’ruf & mencegah kemungkaran.

Syara’ : berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah – suatu Jemaah yang dibentuk oleh ulama’ yang terdiri daripada ahli al-Halli wa al-aqdi yang berhimpun di atas mandat seorang khalifah (amir/imam/ketua dari kalangan umat Islam) bagi seluruh umat Islam. Ia hendaklah dibina di atas kesepakatan dalam urusan Islam yang dipimpin oleh ahli-ahli Islam & Jemaah ulama’ mujtahidin dengan seorang ketua / amir. Pendapat ini mengambil kira tentang kewibawaan ulama’ dalam mengawasi & menasihatinya supaya tidak terkeluar dari landasan syariat Islam.

Amal Jama’I : Amal yang diputuskan oleh Jemaah yang munazzamah (tersusun) mempunyai manhaj (sistem) yang jelas untuk mencapai matlamat tertentu.

a) Amal yang diputuskan oleh Jemaah

- segala amal/ perbuatan/ aktiviti/ kegiatan yang diputuskan oleh Jemaah sama ada berbentuk luaran / dalaman.

b) Jemaah yang munazzamah (tersusun)

- Jemaah ini mestilah mempunyai tanzim yang kemas, teratur, berencana serta berstrategi

c) Mempunyai manhaj (sistem) yang jelas

- Sistem yang digunakan untuk mencapai matlamatnya. Ia dibentuk berlandaskan sumber :
* Al-Quran
* As-Sunnah
* Sirah Para Sahabat
* Pendapat ulama’
* Pengalaman para du’at

d) Untuk mencapai matlamat tertentu

- menyampaikan misi dakwah & Islam (Pembentukan Individu Muslim > Baitul Muslim > Mujtama’ Muslim > Daulah Islam > Khilafah Islamiyyah)

- Tujuan dakwah untuk mengembalikan ubudiyyah (pengabdian) makhluk kepada Allah SWT semata-mata & menolah taghut.


Hukum berjemaah

Hukum berjemaah ialah WAJIB berdasarkan dalil :

Dan hendaklah di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung
[Surah Ali-Imran : 104 ]

“Hendaklah kamu berada dalam Jemaah, sesungguhnya Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab”
[Hadith riwayat Muslim]

“Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib”
[Dalil Qawaidul Fiqh]

Ciri-ciri Jemaah Islam

1. Dasar perjuangan ialah Islam

“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkanmu nikmat-Ku, telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Surah Al-Maidah : 3 ]

2. Perlembagaan, rujukan, & panduan hidup yang utama adalah Al-Quran & As-Sunnah (Rabbaniyah)

“Aku tinggalkan kamu 2 perkara. Selagi mana kamu berpegang kepada 2 perkara ini kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu Al-Quran & sunnahku”
[Riwayat Bukhari]

3. Jemaah yang mempunyai sifat-sifat hizbullah.

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka & mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya keoada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)”

“Dan barangsiapa mengambil Allah, rasulNya & orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah, itulah yang pasti menang.”
[Surah Al-Maidah : 54-56 ]

Ringkasannya Jemaah itu mempunyai sifat-sifat berikut:

Allah mengasihi mereka & mereka mengasihi Allah.
Berlemah-lembut terhadap orang beriman & berlaku tegas terhadap orang kafir.
Berjihad pada jalan Allah
Tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Wala’ mereka hanya kepada Allah SWT & RasulNya.
Sifat kepimpinan golongan Islam itu ialah mentaati perintah Allah SWT
Yakin kepada janji Allah SWT

4. Jemaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh (Syumuliyyah) dan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen

5. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya & bersifat universal (Alamiyyah)

Matlamat Jemaah Islam

1. Menegakkan Islam di atas muka bumi & mentadbir dunia dengan Islam.

2. Menjadikan Islam sebagai cara hidup tulen yang membawa maksud penyerahan mutlak hukuman & undang-undang kepada Allah selain menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Akhlah & Adab Berjemaah.

Ikhlas
Sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT
Istiqamah
Ta’at
Ukhwah
Tidak leka dengan pencapaian yang ada
Tidak melampau

Jemaah Islam perlu terus wujud & berusaha mencapai matlamat Jemaah dalam mengembalikan ubudiyyah umat manusia kepada Allah SWT. Jemaah Islam juga amat penting dalam membawa agenda dakwah. Dakwah tidak mampu untuk dijalankan bersendirian, maka dengan bergerakkerja dalam Jemaah, matlamat dakwah itu lebih mudah untuk disampaikan. Umat Islam perlu bersatu & menjalankan gerak kerja secara amal jamaie agar sentiasa dengan matlamat perjuangan Islam.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Dakwah Islamiyyah

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Definisi Dakwah

1) Bahasa : Menyeru / memanggil kepada yang hak / batil

2) Syara’ : Seruan / panggilan ke jalan Allah SWT.

3) Ibnu Taimiyah : Satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah SWT & apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya iaitu dengan membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW & mentaati perintah.



Matlamat Dakwah

a) Ketika wujudnya Negara (daulah) Islam :
- matlamat amar ma’ruf nahi munkar ini adalah untuk memastikan kekalnya Islam dalam masyarakat Islam serta memperluaskannya ke Negara-negara yang masih ingkar kepada Allah SWT & menentangNya.
[Surah Al-Anfaal : 39 ]

b) Ketika dalam ketiadaan Negara (daulah) Islam :
matlamat terakhir dakwah adalah untuk menegakkan Negara (daulah) Islam & membentuk khilafah Islam.
[Surah An-Nur : 55 ]

Dalil & Hukum Berdakwah

1) Fardhu Kifayah
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf & mencegah daru yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
[Surah Al-Imran : 104 ]

Daripada ayat di atas, mereka berpegang bahawa dituntut oleh syarak adalah sebahagian daripada umat Islam sahaja yang perlu melaksanakan kewajipan ini.

2) Fardhu Ain

Para ulama’ berpegang bahawa dakwah itu adalah Fardhu Ain ke atas setiap muslim berdasarkan firman Allah SWT :

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, & beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
[Surah Al-Imran : 110 ]

“Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya, maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya, maka ia adalah selemah-lemah iman.”
[Hadith Riwayat Al-Tirmizi]

Marhalah Dakwah

a) Ta’rif (pengenalan)
- menyebarkan fikrah umum di kalangan seluruh manusia.
- bekerja untuk kebajikan umum

b) Takwin (pembentukan)
- menyaring unsur-unsur yang baik untuk memikul bebanan jihad & menggabungkan anasir-anasir tersebut.
- bersifat khusus, mereka memiliki persediaan yang hakiki untuk menanggung segala beban jihad yang panjang & banyak cabaran.

c) Tanfiz (pelaksanaan)
- peringkat ini ialah jihad yang tidak boleh bermudah-mudah, gerakkerja yang berterusan sehinggalah tercapainya matlamat.


Ciri-ciri dakwah

a) Rabbani
-Seruan yang dibawa bersama dakwah Islam adalah semuanya berdasarkan sumber Al-Quran & As-Sunnah yang hakikatnya datang dari Allah SWT.

b) Sejagat (alamiyah)
- Dakwah Islam sesuai bagi setiap zaman & generasi.

c) Syumul
- Dakwah Islam merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, undang-undang, akhlak, & rumahtangga.


Sifat-sifat Da’I (Pendakwah)

1) Menjadi contoh & tauladan yang baik bagi Islam yang diserukannya.

- menunaikan segala rukun Islam
- mengikuti sunnah & cara hidup Rasulullah SAW
- menjauhi segala perkara yang syubhah & meragukan
- menjauhi segala perkara yang haram
- sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara kecil / besar


2) Keikhlasan & kebulatan hati pendakwah dalam menyampaikan risalah Islam.

-faktor penting supaya dakwahnya Berjaya menembusi & menawan hati orang-orang yang diseru lantas menyambut baik seruan itu.

3) Mempunyai pembacaan yang luas.

- mengikut perkembangan setiap peristiwa & pergolakan, mengikut segala perkembangan suasana & situasi serta mengetahui pelbagai ideology & aliran pemikiran manusia.

4) Memahami taraf & kedudukan orang yang diseru (mad’u) ke jalan Allah SWT

- berbicara dengan mereka menurut tahap akal & fikiran mereka.
- memudahkan mereka menyahut apa yang diserukan kepada mereka.
- mereka tidak jemu mendengar ucapan pendokong dakwah.

5) Mengetahui maksud & tujuan berdakwah

- mengetahui apakah yang dikehendaki di dalam setiap langkah yang dilaksanakannya.
- apa yang dikehendaki apabila dia bertutur dan menulis, apabila dia berehat & berbicara & apabila berdamai & bersengketa.

Jenis Dakwah

1) Dakwah Fardhiah
2) Dakwah Jama’iyah

Uslub Dakwah Masa Kini

Kemahiran berkomunikasi (individu, kuliah ilmu, usrah)

Menggunakan bahasa yang sesuai dengan minda mad’u & bahasa yang memberi kesan.

Mengenali sosio-budaya mad’u

Dakwah tingkah laku (dakwah bil-hal) adalah lebih berkesan daripada dakwah dengan
lidah. Lidah boleh menipu tetapi anggota badan yang lain sukar untuk menipu.
Menguasai teknologi untuk berdakwah (blog, SMS)

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Fikrah Perjuangan Islam

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Muqadimah :


Perjuangan Islam pada hari ini merupakan warisan perjuangan Rasulullah SAW. Semasa hayatnya, baginda melaksanakan tugas perjuangan dengan penuh tabah & ketaqwaan. Apa yang diimpikan oleh baginda tidak lain ialah untuk mempastikan Islam terus terbela, berkembang & memerintah dunia.


Realiti Hari Ini!!!

Kejahiliyyahan kembali wujud & menyerang manusia tanpa batasan yang hasilnya manusia semakin jauh & tidak mengenal Allah SWT. Islam sentisa diserang dari semua sudut & aspek oleh musuh Islam iaitu Yahudi, Zionis, Kristian (Nasrani).

“Orang-orang Yahudi & Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung & penolong bagimu.”
[Surah Al-Baqarah : 120]

Oleh itu, kita perlu menunaikan tugas kita sebagai khalifah Allah seperti mana menurut kata-kata Ibnu Taimiyyah untuk “menegakkan agama & mentadbir dunia dengan agama”. Umat Islam harus menggalas tugas dengan sebaiknya untuk menegakkan Islam di muka bumi untuk kebaikan dunia sejagat, di mana Islam pasti akan tertegak suatu hari nanti.

“Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah & kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”
[Surah As-Saff : 13 ]

Fikrah Para Pejuang Islam

Kita bertanggungjawab memahami tugas & tanggungjawab serta membuat persiapan rapi bagi memastikan kemenangan Islam.


“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi & dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah & musuhmu & orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu & kamu tidak akan dianiayai (dirugikan)”
[Surah Al-Anfaal : 60 ]

“Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, & tangkaplah mereka. Kepunglah mereka & intailah ditempat pengintaian. Jika mereka bertaubat & mendirikan solat & menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Surah At-Taubah : 5 ]

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila satu-satu tugas diberi kepada orang-orang yang tidak layak, tunggulah saat kegagalannya.”

Diriwayatkan daripada Said bin Burdah dari ayahnya, dari neneknya, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengutusnya bersama Mu’az  pergi ke Yaman. Sebelum berangkat, Rasulullah SAW berpesan :
“Permudahkanlah & jangan mempersulitkan. Sampaikanlah khabar gembira & janganlah menakut-nakuti. Dan bertimbang rasalah & janganlah selalu berselisih.”

Diriwayatkan oleh Jabir & Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW :
“Peperangan itu adalah tipu daya.”

Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
“Janganlah kamu mengharapkan bertemu dengan musuh. Tapi jika kamu bertemu dengan mereka maka bersabarlah.”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak menyenangkan pada pemimpinnya, maka hendaklah dia bersabar kerana sesungguhnya orang yang memisahkan dirinya dari Jemaah walaupun sejengkal lalu dia mati, maka kematiannya adalah seperti kematian orang-orang jahiliyah.”

Dan Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata:
“Perjuangan yang benar denga tudak mempunyai strategi yang teratur akan tewas apabila berhadapan dengan perjuangan yang batil yang tersusun rapi.”

Manhaj Perjuangan Islam

Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah SWT & menolak taghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a) Rabbaniyyah

Islam sendiri datangnya dari Allah SWT yang bersifat Rabb. Para du’at merujuk kepada Al-Quran & As-Sunnah dalam menyeru kepada Islam. Allah SWT menjelaskan selagi du’at berada dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemeliharaanNya, Allah SWT berfirman :
“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, Maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami, & bertasbihlah memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri”
[Surah at-Thur : 48 ]

Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi I’tikad, pemikiran, cita-cita, percakapan & perbuatan.

Bersifat Rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya.

Cara pelaksanaan, strategi atas sistem yang dijalankan dalam memperjuangkan Islam itu perlu bersifat ketuhanan (atas perintah Allah SWT), berlandaskan landasan Al-Quran & As-Sunnah dan matlamat akhirnya juga adalah Allah SWT iaitu ubudiah (perhambaan) kepada Allah SWT.

b) Syumuliyyah

Islam adalah lengkap & sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan atau ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta yang Maha Agung.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.”
[Surah Al-Baqarah : 208 ]

c) Inqilabiyyah

Melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya, meruntuhkan, menegakkan Islam di atas keruntuhan Jahiliyah itu. Firman Allah SWT :

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil & janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui”
[Surah Al-Baqarah : 42 ]

d) ‘Alamiyyah

Islam merupakan dakwah ‘alamiyyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini tidak mengira bangsa, warna kulit, atau keturunan.

Daulah Islamiyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyah Negara ini tidak mempunyai sifat ‘alamiyah dalam melaksanakan manhaj mereka sama ad dari sudut keselarasan perancangan, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyyah, kemahiran tenaga kerja & seumpamanya.

“Dan Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira & sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.”
[Surah As-Saba : 28 ]

Prinsip-prinsip Umum dalam Manhaj Perjuangan Islam.

a) Risalah & penyampaian yang jelas

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik”
[Surah Al-Hijr : 94 ]

Sirah Rasulullah SAW membuktikan bahawa Rasulullah SAW menyampaikan ajaran Islam secara langsung & jelas menyatakan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT. Justeru itu, manhaj harakah Islamiyah mestilah berpegang kepada kejelasan risalah dari segi matlamat, kandungan, & cara penyampaian.

b) Bergerak mengikut kemampuan.

Kekuatan & persediaan yang mantap & bersungguh-sungguh perlu dirancang & dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan Al-Qur’an.

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah & musuhmu & orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu & kamu tidak akan dianiayai (dirugikan).”
[Surah Al-Anfaal : 60 ]

c) Melaksanakan Hazar (waspada)

“Hai orang-orang yang beriman, beriap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok atau majulah bersama-sama!”
[Surah An-Nisa’ : 71 ]

d) Menimbang kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syariat.

Para Ulama usul telah menakrifkan tujuan umum penetapan hukum-hukum syariat iaitu :

“maksud umum daripada syara’, dalam menetapkan hukum-hukum ialah untuk mewujudkan kemaslahatan manusia dengan memelihara perkara dhoruriyyat (tidak boleh tidak) bagi mereka & menyempurnakan perkara haajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (kebaikan) bagi mereka.”

Berpandukan kepada maksud umum sya’riat Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan & menghilangkan kesempitan. Harakah Islamiyah hendaklah melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan 2 faktor penting iaitu berhikmah dalam segala tindakan & mengambil kira waqi’ (keadaan semasa).

Cabaran perjuangan Islam semasa.

1) Penguasaan pelbagai disiplin ilmu.
2) Memperjuangkan Islam mengikut bahasa ilmu, sains, mekanikal, seni, computer & sebagainya.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Tarbiyyah Islamiyah

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Definisi Tarbiyah

a) Bahasa : Pendidikan
b) Istilah : Proses pendidikan yang berterusan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT


Matlamat Tarbiyah

1. Membina umat Muttaqin yang kuat serta mempunyai ta’alluq billah yang kuat.
2. Melahirkan insan muttaqin yang menyerah diri kepada Allah SWT.
3. Melahirkan mu’min yang praktikal.

Ruang Lingkup Tarbiyah

1. Tarbiyyah Ruhiyyah

- Program berbentuk kerohanian.
- Melibatkan hubungan kita dengan pencipta.
- Persediaan bagi kekuatan dalaman yang kukuh.
- Menjadi banteng kepada ahli menghadapi situasi mencabar dengan jahiliyah.

2. Tarbiyyah ‘Aqliyyah

Mendidik & mengajar ahli memimpin ‘aqal supaya berfikir, memberikan pandangan & mendalami ilmu serta boleh merancang berlandaskan sumber utama.

Kaedah mendidik ‘aqal :

a) melatih aqal supaya berfikir & merancang untuk keperluan Islam.

b) hindari budaya Taqlid (mewarisi semata-mata)

c) mendidik aqal mengkaji sumber-sumber syariat & melatih diri mengklasifikasikan berdasarkan keperluan & kesesuaian.

d) mendengar & meraikan pandangan sesama Islam & mempertimbangkan pandangan tersebut berasaskan Islam.

e) sentiasa menghadiri kuliah-kuliah ilmu & banyakkan memebaca sumber-sumber ilmu.

f) menjadikan sumber asas Islam sebagai rujukan.

3. Tarbiyyah Jasadiyyah

Jiwa & badan diikat dengan satu perhubungan yang kuat. Keduanya saling mempengaruhi satu sama lain.

Menumpukan kepada menjaga jasmani, umpamanya menganjurkan manusia menjaga kebersihan, pemakanan, bersukan.

4. Tarbiyyah Siasiyyah

Pembentukan bangsa yang mengabdikan diri terhadap ideologi seperti sekularisme kepada ketaatan kepada Allah SWT secara mutlak.

Menitikberatkan soal hukum, peraturan daulah, hubungan kerajaan dengan musuh, kaitan antara muslim & non-muslim & yang seumpamanya.


Methodologi Tarbiyyah

a) Tarbiyyah Nizhomiyyah
- pondok-pondok
- pusat pengajian tinggi
- sekolah-sekolah, maa’had-maa’had
- pusat penjagaan kanak-kanak

b) Tarbiyyah bukan Nizhomiyyah
- kuliah umum di masjid & surau
- halaqah-halaqah khusus
- usrah & tamrin
- qiamullail
- mukhayyam
- nadwah, seminar, bengkel, liqa al-fikri
- rehlah, ziarah


Prinsip Tarbiyyah Islamiyah

1) Tarbiyyah Islamiyah merupakan perkara wajib lantaran ia adalah kerja utama Rasulullah SAW.
2) Tarbiyyah Islamiyah berasaskan kepada keikhlasan kepada Allah SWT samaada ditarbiyyah / mentarbiyyah hanya semata-mata kerana Allah SWT.
3) Tarbiyyah Islamiyah tidak terikat dengan masa & umur.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Keimanan

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~


Maksud Iman ialah :
1. Membenarkan (tasdiq) iaitu beriktikad dengan hati.
2. Melafazkan (berikrar) dengan perkataan.
3. Mengamalkan (I’malu) dengan perbuatan.


Islam adalah Ad-Din yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Ia adalah ad-Din yang beintikan iman & amal. Iman itu merupakan aqidah / akar dan di atasnya berdiri syariat Islam. Dari akar itulah keluarlah cabang-cabangnya. Cabang-cabang ini diibaratkan sebagai syariat Islam. Cabang-cabangnya itu pula akan menghasilkan buah-buahan. Buah-buahan itulah amal yang akan dizahirkan.

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh & cabangnya (menjulang) ke langit, Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”
[Surah Ibrahim : 24-25]

Iman & amal ataupun dengan kata lain aqidah & syariat tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. 

Keduanya adalah umpama buah dengan akarnya atau natijahnya dengan muqadimahnya.


Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Kalimah Syahadah

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang~



Lailaha Illallah Muhammadu Rasulullah


Kalimah syahadah ialah kalimah tauhid. Ia juga merupakan pintu utama keislaman seseorang itu.

Syahadah :
-          Pengetahuan, penerangan, perkhabaran, & pernyataan.
-          Mengandungi pengertian ikrar, iktiraf, iktikad iaitu pengakuan, pengiktirafan, & kepercayaan.
-          Menjelaskan mengenai keyakinan kepada Allah SWT & mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah SWT.

Sesungguhnya syahadah yang diucapkan (persaksian “La ilaha ilallah”-tiada ilah melainkan Allah) adalah unsur penafian & ada juga unsur itsbat (“ha illallah”- selain Allah). Ini kerana tidak sempurna syahadahnya jika ia hanya ada penyataan itsbat bahawa Allah SWT itu wujud tanpa penafian (mengkufurkan) selain daripada Allah SWT.

Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barangsiapa yang ingkar kepada Thagut & beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar , Maha Mengetahui.
[Surah Al-Baqarah : 256]

Di dalam kalimah syahadah, yang diucapkan perkataan Ilah adalah ALLAH. “Ilah” (tuhan) bermaksud yang disembah. Ilah mempunyai beberapa konsep :

a) Ilah sebagai tempat tumpuan pengabdian

Pengabdian sepenuhnya hanya untuk Allah SWT, tidak kepada yang lain. Hal ini merupakan perkara pokok & tidak boleh bersekutu dengan yang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah, & sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung.”
[Surah Al-Hajj : 77]

b) Ilah sebagai tempat perlindungan

Meyakini bahawa tiada siapa pun yang mampu memberi perlindungan selain daripada Allah, segala perlindungan yang diberikan oleh mana-mana jua makhluk adalah bersifat sementara & bergantung kepada keizinan Allah SWT.

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah & hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”
[Surah Al-Fatihah : 5]

c) Ilah sebagai tumpuan kecintaan

Allah SWT adalah tumpuan kecintaan yang wajib dizahirkan melebihi segala-galanya. Kasih sayang & cinta sesama manusia hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah SWT.

“Dan diantara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah & bahawa Allah sangat berat azabNya (nescaya mereka menyesal).”
[Surah Al-Baqarah : 165]

d) Ilah sebagai pemberi rezeki

Allah SWT sahajalah pemberi rezeki. Makhluk hanyalah pembawa & penyampainya sahaja; bukan pemberi rezeki & tidak berupaya untuk menambah / menguranginya.

“Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberi rezeki kepadamu dari langit & bumi? Tidak ada tuhan selain Dia; maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan)?”
[Surah Fatir : 3]

e) Ilah sebagai sumber perundangan

Allah SWT sebagai tempat rujukan dalam menentukan hukum. Allah SWT sahaja yang berhak untuk menentukan undang-undang. Kekuasaan ini adalah mutlak & tidak boleh dibahagi-bahagikan.

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?”
[Surah Al-Maidah : 50]

f) Ilah sebagai ketaatan

Tiada tuhan yang wajib ditaat secara mutlak. Ketaatan selian dari Allah SWT bukan suatu yang mutlak, selagi ia tidak melanggar batasan hukum-hukum yang digariskan oleh Allah SWT.

“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu & dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
[Surah At-Tagabun : 16]

 Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Tauhid

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Aqidah merupakan asas kepada seseorang muslim. Tauhid kepada Allah SWT pula ialah asas aqidah Islamiyah. Tauhid dalam Islam adalah inti bagi Islam itu sendiri. Tauhid terbahagi kepada tiga :


1. Tauhid Rubbubiyah

Mempercayai Allah SWT sebagai Rabb / pencipta / penguasa terhadap semua di alam ini.
“Dan sungguh, jika engkau (Muhammad) tanyakan kepada mereka, ‘Siapakah yang menciptakan langit & bumi?’ Tentu mereka akan menjawab ‘Allah.’ Katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah,’ tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
[Surah Lukman : 25]

2.  Tauhid Uluhiyyah

Dikenali juga sebagai tauhid ibadah. Beriman bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berhak disembah & tiada sekutu di dalam penyembahanNya.
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah & hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”
[Surah Al-Fatihah : 5]

3. Tauhid Asma’ Wa Sifat

Beriman bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan & Maha Suci dari segala sifat-sifat kekurangan & kelemahan serta Allah SWT yang layak dengan kebesaranNya.
“(Allah) pencipta langit & bumi. Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, & dari jenis haiwan ternak pasangan-pasangan (juga). Dijadikan-Nya kamu brekembang baik dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat.”
[Surah Asy-Syura : 11]

Sahabat…
Orang kafir & muslim percaya bahawa adanya kuasa / tuhan yang mencipta alam ini. Maksudnya semua orang beriman dengan tauhid Rububiyyah. Namun hanya orang Islam yang meyakini hanya Allah yang berhak disembah. Maksudnya hanya orang Islam yang beriman dengan Tauhid Uluhiyyah.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Mukadimah Aqidah Muslim

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Dunia masa kini amat banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang membawa umat manusia jauh dari pengabdian kepada penciptaNya. Keadaan ini berpunca dari jauhnya manusia dengan pegangan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:
“Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang jika kamu berpegang pteguh padanya tidaklah kamu akan sesat. Dua perkara tersebut ialah Al-Quran & As-Sunnahku”
[Hadis Hassan, riwayat Malik]

Definisi Aqidah
1) Bahasa : A’qada – ikatan, simpulan, atau janji yang kuat
2) Istilah : Keimanan & kepercayaan yang kukuh di dalam hati manusia kepada Allah SWT yang tidak mungkin terurai dalam keadaan apa sekalipun.

Dalil Aqidah
[Surah Al-Baqarah : 256]
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) Islam ; Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar darioada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thagut & beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya Ial telah berpegang kepada buhul tali yag amat Kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Sahabat, akidah merupakan perkara asas bagi seseorang muslim. Jika tidak mantap akidahnya, pelbagai permasalahan boleh timbul. Dari sekecil-kecil masalah hingga ke sebesar-besar masalah seperti syirik boleh terjadi jika akidah tidak mantap & tidak bergantung sepenuhnya pada Allah SWT.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

Tuesday, December 21, 2010

Permata Dakwah yang Berkilau di Era Jatuhnya Islam


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar.

Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.
Zaynab Al-Ghazali
Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:
Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”
Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.
Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati)beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.
Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).
.Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.
Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.
Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagaiUmmul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...